Selasa, 22 Disember 2015

KENAPA KITA PERLU BERSENAM?

KENAPA KITA PERLU BERSENAM?
==============================

Bila kita sebut tentang bersenam, kita mesti kaitkan dengan 'diet'. 

Sebenarnya bersenam adalah satu gaya hidup yg sihat yg digalakkan oleh kementerian kesihatan.

Jadi kami di NECK cuba menyahut cabaran dgn mengamalkan gaya hidup sihat ini disamping dapat mengawal pemakanan seharian seterusnya dpt menurunkan berat badan. Jadi bagaimana dgn ANDA? Sejauh mana anda sedar akan kepentingan bersenam itu? 

Saya tahu ada diantara anda yg telah mencapai berat ideal dan tidak mahu bersenam. Rugi!


So kenapa kita perlu bersenam? Antara 25 kelebihan bila kita bersenam.

1. Bersenam boleh menambah tenaga
2. Tidur akan lebih lena
3. Lambat rasa letih
4. Rasa lebih yakin bila badan fit
5. Tekanan darah berkurang
6. Dapat kurangkan sakit-sakit badan (sakit belakang, bahu, leher)
7. Mood jadi lebih baik
8. Meningkatkan kadar metabolisma
9. Ubah lemak kepada otot
10. Tulang akan lebih tumpat
11. Membantu memperbaiki paras kolestrol
12. Menggalakkan pembentukan sel otak. Minda lebih cerdas. Elak alzheimers
13. Nampak lebih muda
14. Memperbaiki peredaran darah
15. Kurang stress
16. Postur lebih baik
17. Membakar kalori berlebihan
18. Mengurangkan kesan PMS
19. Kurang risiko sakit jantung
20. Meningkatkan ketahanan kardiovaskular
21. Kurang risiko kanser
22. Meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan dari jangkitan
23. Jangka hidup lebih panjang
24. Senaman adalah aktiviti sosial yang sihat
25. Anda akan lebih peka tentang kesihatan secara keseluruhan

Menarik tak? 

Sebenarnya bukan susah pun nak bersenam ni kan? Takde masa? saya tak percaya. minimum kawan-kawan cuma perlu bersenam 2-3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi HANYA DI RUMAH!

Apepun semua alasan yg anda berikan adalah dari diri anda sendiri.

U choose it, u get i!

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Team NECK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...