Ahad, 29 November 2015

Bayi 6 minggu... kenal ibuayah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Alhamdulillah...

6 weeks dah #AmniKhadijah...Saya subscribe email mingguan dari babycenter tentang perkembangan bayi mengikut umur. Seronok juga kan kita tahu apa yang MENARIK dalam perubahan/perkembangan bayi. yelah kadang tu, bila baca artikel.. baru..'Aaah, la betul la' kan? kan? 
hehe. 



Minggu ni, baby center kata... baby dah boleh kenal suara parents.. AmniKhadijah? 

Alhamdulillah. kenal sangat kan adik! 

suara mama, papa, kakak dan abang... memang kenal sangat. 

boleh je main sendiri bila nampak ada orang di sekeliling... 

bila takde orang, uu..uu... mencari kan. ;) 

kakak menyahut... terus diam. :) 

Alhamdulillah. 


Alhamdulilah.. Dah makin bam2 #AmniKhadijah . 

Gambar kat atas ni masa checkup sebulan + vaccine sekali
smile emoticon
 

Moga membesar dengan baik, sihat dan solehah, InshaAllah.

Alhamdulilah, mama nya, dah kembali ke saiz asal. Kan #NowEveryoneCanKurus ! Hehe. 

Jaga pemakanan, ambil supplement yang bersesuaian. InshaAllah sihat dan ceria selalu. 


Jumaat, 27 November 2015

5 Doa KELUARGA BAHAGIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya pembaca setia majalah Pa&Ma online...;) hari ni, di kongsikan doa keluarga bahagia. Izinkan saya kongsikan di sini untuk rujukan bersama. 
Moga kita semua bahagia di dunia dan di akhirat. Aamin. 

Doa adalah senjata orang mukmin. Sebagai muslim, kita wajib berdoa meminta kepada Tuhan apa jua yang diinginkan dalam hidup.
Keluarga yang bahagia adalah asas kepada ketenangan jiwa. Jadi, berdoalah sentiasa kepada Allah SWT agar keluarga kita terus bahagia dan berkekalan sehingga ke syurga.

1. Doa Keluarga Bahagia

"Dan juga mereka yang diredai Allah iaitu orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami dan jadikanlah kami orang-orang yang bertakwa.

(Surah Al-Furqan, ayat 74)



2. Doa Banyakkan Susu Ibu

Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.

(Surah Al-Baqarah, ayat 60)



3. Doa Mencukupkan Keperluan Diri Keluarga

"Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan yang berhak disembah) melainkan dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah Yang mempunyai Arasy Yang besar.

(Surah At-Taubah, ayat 129)


4. Doa Ketika Ditimpa Masalah

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"



5. Doa Agar Mendapat Zuriat Yang Baik

"Ya Tuhanku, kurniakanlah dari sisi-Mu zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa."

(Surah Ali 'Imran, ayat 3:38)


Rabu, 25 November 2015

Imagine it, Dream it ... to achieve it!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum ni.. beberapa di kongsikan oleh ibubapa, cikgu dan rakan2 saya..

Berani bermimpi, berani berimpian...

InshaAllah kita boleh berjaya! 

Hari ni, bila melihat gambar ini... mengimbau impian!

InshaAllah sebagai pembakar semangat! 



Moga terus berjaya dunia dan akhirat. Aamin Ya Rabbalamin.

Sabtu, 7 November 2015

17 Penyakit Dapat Disembuhkan Bila Kuruskan Badan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar diet anda hari ni? Moga yang sihat2 selalu.

Hari ni saya nak kongsikan satu rajah yang BEST! Hehe kenapa best? Sebab ia menunjukkan apa yang seseorang boleh dapat bila badan dikuruskan... Of course la, dapat kurangkan berat badan pun orang dah happy! Banyak pula benefit yang lain tau!

Ok jom teruskan!



17 Penyakit Dapat Disembuhkan Bila Kuruskan Badan

Sedar tak sedar bila badan kita bambam, baru kita akan nekad untuk kuruskan badan bila penyakit mula menyerang.

Dalam program NECK, ramai peserta mengidap darah tinggi, kencing manis, asthma, sakit sendi & juga PCOS.

Alhamdulillah, selepas beberapa minggu join NECK, kebanyakan penyakit ini semua makin berkurangan.

Ada juga yang tanpa disedari ada penyakit lain seperti migrain & stress turut berkurangan.

Kiranya dari segi quality of life orang yang berjaya menguruskan badan ini sangat memberi impak yang besar sebanyak 95% untuk hidup sihat.

Untuk senarai 17 penyakit tersebut, sila lihat gambar yang diberikan.

"Jom Kurus & Sihat Bersama NECK"
"Program Kurus Berjemaah Dari Rumah"
"Wajib Makan 5 Kali Sehari"

Khamis, 5 November 2015

Checklist BARANG persediaan BERSALIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda hari ni? InshaAllah sihat dengan izinNya. 

Alhamdulillah, seperti yang pernah saya tulis sebelum ni dan kita juga sediamaklum, hujung2 tahun ni, memang ramai baby lahir. kan bulan nov sampai jan tu, musim cuti sekolah, musim berjalan2, musim relax2 sikit (ye ke?) bagi kebanyakan orang. jadinya bulan 7,8,9,10 ni.. ramai la baby yang lahir. 

Alhamdulillah, hari ni saya menerima berita gembira.. seorang rakan yang rapat juga semasa sekolah dulu sedang berada di labour room. menanti kelahiran anak ke 2 beliau. 

Kawan2 dari sekelas semasa diploma dan degree pun ramai yang samada dah bersalin ataupun menunggu hari. 

Alhamdulillah... tahun ni, ramai kawan2 saya ada anak sebaya dengan anak ke3 saya, Amni Khadijah bt Asyraf, lahir pada 20 Oktober 2015. (ops, saya masih dalam pantang ya sekarang, baru hari ke 16 ;)) tapi kadang lupa diri dalam pantang sebab macam segar jer. hehe. 

Oklah, bagi ibu2 baru...bila dah hampir2 nak bersalin ni, Dup dap...debaran kian terasa...


Nurse dah mula pesan persiapkan barang baby bila nak masuk 3rd trimester baby dah getting ready nak melihat dunia. 

Jadi ibu2 kena persiapkan barangan yang perlu di bawa ke hospital.

Kalau nak di senaraikan, macam2 nak bawa. Yelah bukan selalu Menyambut kehadiran insan baru. 

InshaAllah tak lama duk di hospital, jadi kita bawa apa yang perlu ya. boleh rujuk gambar di bawah ni;





Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,


Buat rakan2, Moga perkenalan mak ayah berterusan ke anak2 juga. inshaAllah. 

Ahad, 1 November 2015

Slip Disc, Asthma, Hypertension vs N E. C.K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda hari ni? Moga sihat selalu bersama keluarga tersayang.

Dalam dunia Eramoden sekarang, penyakit orang tua seperti darah tinggi a.k.a hypertension ada 'menyerang' orang muda lagi. Even kanak2 pun ... Gara2 apa? Pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

Bahaya nya... Terlebih berat badan, ramai yang sedia maklum di antara penyebab penyakit2 lain.

Slipdisc dan asthma juga.

Alhamdulilah hari ni, saya kongsikan Perubahan Pesakit Slip Disc, Asthma, Hypertension yang telah menjalani program Now Everyone Can KURUS! Mereka bukan hanya berjaya turun kan berat badan... Malah lebih lagi...
.
Inilah 'peneman baik' peserta Batch 8
.

Selepas sebulan lebih bersama NECK
.
Tahap kesihatannya semakin bertambah baik
.
Beliau pun tak sangka begitu mudah rupanya
.
Semoga dengan sharing ini, akan memberi lebih semangat kepada kita semua untuk teruskan niat kurus dan sihat
.
InsyaAllah
.
Now Everyone Can Kurus
.
Jom! Kurus dari Rumah

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...