Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya pembaca setia majalah Pa&Ma online...;) hari ni, di kongsikan doa keluarga bahagia. Izinkan saya kongsikan di sini untuk rujukan bersama.
Moga kita semua bahagia di dunia dan di akhirat. Aamin.
Doa adalah senjata orang mukmin. Sebagai muslim, kita wajib berdoa meminta kepada Tuhan apa jua yang diinginkan dalam hidup.
Keluarga yang bahagia adalah asas kepada ketenangan jiwa. Jadi, berdoalah sentiasa kepada Allah SWT agar keluarga kita terus bahagia dan berkekalan sehingga ke syurga.
1. Doa Keluarga Bahagia
"Dan juga mereka yang diredai Allah iaitu orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami dan jadikanlah kami orang-orang yang bertakwa.
(Surah Al-Furqan, ayat 74)
2. Doa Banyakkan Susu Ibu
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.
(Surah Al-Baqarah, ayat 60)
3. Doa Mencukupkan Keperluan Diri Keluarga
"Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan yang berhak disembah) melainkan dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah Yang mempunyai Arasy Yang besar.
(Surah At-Taubah, ayat 129)

4. Doa Ketika Ditimpa Masalah
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
5. Doa Agar Mendapat Zuriat Yang Baik
"Ya Tuhanku, kurniakanlah dari sisi-Mu zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa."
(Surah Ali 'Imran, ayat 3:38)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan