Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Saya doakan anda yang membaca sedang dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt dan juga bahagia bersama keluarga dan sahabat handai.
Baru-baru ni, kecoh semalaya kes Pedophile, kes student yang tertangkap kerana memiliki gambar yang tidak sesuai...huhu. Ini kes yang tertangkap.
Hikmahnya? Baru lah masyaarakat kita tersedar, berapa ramai mangsa yang terlibat dalam diam. Baru kita sebagai parents TERSEDAR betapa pentingnya kita mendidik anak2 kita tentang batasan dalam pergaulan, termasuklah ahli keluarga terdekat.
Saksikan sebentar video ringkas mengenai perkara ni dan apa yang perlu mereka lakukan.
Berdasarkan video ni, apa yang perlu kanak2 lakukan? bagitahu pada ahli keluarga, ibu & ayah ttg perkara tersebut kan?
Hati ibu mana tidak tersentap jika anak nya menjadi mangsa?
Hati ayah mana yang sanggup anak menjadi mangsa?
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah...
Banyak rupanya kes ayah sendiri, abang sendiri menjadi pemangsa kepada ahli keluarga sendiri. Ada juga ibu yang sanggup biarkan sebab takut ayahnye dipenjarakan? Mana hilangnya rasa kasih sayang pada ahli keluarga sendiri.
Saya singgah di FB Wardina Officialpage sebab ramai yang komen mengenainya. Hati terdetik untuk membaca sendiri apa yang mereka maksudkan.
Dalam hati tak berhenti beristighfar, air mata bertakung tanpa dipinta...
Perkongsian dari seorang kenalan fb (kenalan dari UK dulu) mengenai pembacaan beliau di fb yang menjadi pendorong untuk saya kongsikan di sini. Moga kita sama-sama mengambil iktibar...
'Perkongsian - perkongsian mangsa penderaan seksual di FB Wardina menunjukkan mereka akhirnya berjaya menjadi manusia yang terpelajar. Lihat saja karangan mereka yang rata - rata dalam Bahasa Inggeris itu. Semuanya dikarang elok. Aku gembira untuk mereka kerana ini. Mereka tidak terus menyerah diri pada sejarah silam hitam itu.
Tapi aku bersedih bila mengenangkan betapa beratnya hidup mereka membawa beban sejarah yang kotor itu. Aku jadi kecewa mengenangkan kesanggupan ahli keluarga dan mereka yang dipercayai memperlakukan perkara begitu pada anak - anak ini. Aku jadi risau mengenangkan betapanya cerita - cerita ini mengundang prasangka dan kebimbangan kepada ibu bapa hingga tiada apa lagi yang boleh dirasakan selamat di dunia ini. Betapanya perlakuan orang - orang jahat itu membina ketakutan pada masyarakat kita ini generasi demi generasi.
Sesuatu mesti dilakukan untuk membenteras semua ini. Pesalah mesti dihukum. Pendidikan agama mesti ditanam dalam jiwa segenap lapisan masyarakat. Pendidikan mana betul mana salah mesti diajar seawal usia. Ilmu mempertahankan diri wajar dibiasakan. Penguatkuasaan mesti diperkasakan. Apa saja mesti dibuat supaya penderaan begini tidak dilihat biasa, tidak dibiar berakar, tidak disorok sepi dalam masyarakat kita.
Selebihnya doalah pada Allah SWT supaya Dia menjaga kita semua. Tiada yang lebih baik dari jagaan Yang Maha Pencipta. Aminnn'. - fb Hasiba Kamaruddin, 15 Mei 2015
Bayangkan..kanak2 semuda ini menjadi mangsa? Nauzubillahiminzalik... (gambar ihsan google) |
Allahuakbar, besar cabaran mereka, tinggi semangat mereka untuk bangkit! bayangkan ada MUSUH dalam rumah sendiri? bayangkan nak BANGKIT dan lupakan kisah lama, dalam pada ada MUSUH di depan mata? Nauzubillahiminzalik.
Tahniah saya ucapkan pada mereka yang berjaya bangkit, yang berjaya 'cuba sedayanya' melupakan kisah hitam. Sesungguhnya dalam betapa penting agama dalam kehidupan seharian kita.
Moga Allah lindungi kita, ahli keluarga kita, sahabat2 kita dan muslim muslimat amnya dari perkara terkutuk begitu. Aamin.
Sila SHARE sebagai peringatan bersama... Moga perkongsian ini membuka hati dan mata kita semua untuk lebih berjaga-jaga, dan sama2 mendidik generasi masa depan dengan lebih baik lagi.