Ahad, 21 Disember 2014

PENTING! Siapa JESUS ?

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar pembaca semua? Moga kita diberi kesihatan yang baik dan diberkati Allah swt sentiasa. 

Tak lama lagi, Dunia akan menyambut Merry Christmas,dan bila sebut merry christmas... nama jesus di sebut-sebut selalu. Mungkin Di Malaysia, anak-anak kita kurang terdedah berbanding jika di negara barat, yang mana Christmas la, perayaan utama mereka. 

Alhamdulillah, pengalaman membesar di luar negara semasa zaman kanak-kanak & remaja memberi pengalaman kepada saya bagaimana perayaan ini di sambut di UK. di mana, di setiap sekolah yang 'beraliran' akan ada Role Play dan kanak2 di minta berlakon/menyanyi. Betapa pentingnya AQIDAH kita di tekan kan di sana. Betapa ibu bapa risau... 

Alhamdulillah, pengalaman mendewasakan kita. 

Decoration di KLCC 

Namun, isu ini tidak boleh di pandang ringan, nak tak nak, pengaruh ini turut ada di shopping complex sekarang ni penuh dengan perhiasan bertemakan christmas, anak2 saya, Anas (5+ tahun) dan Amanina (3+tahun) juga tahu yang pokok pine berhias lampu2 ni CHRISTMAS...Siaran di kaca TV mahupun internet juga banyak je pasal CHRISTMAS, Betul?

Bila di fikirkan,mungkin bukan hanya kanak2 yang belum memahami mengenai 


SIAPA JESUS??? Boleh ke kita nak SAYANG pada JESUS?

Jesus adalah nama yang di gunakan di dalam bible dan tafsir Al Quran dalam bahasa english. Jom ikuti selanjutnya

Perkongsian dari rakan fb saya,Pn Noor Afidah  membuatkan saya rasa bertanggungjawab untuk kongsikan nya di sini, supaya lebih ramai mendapat info dan jelas mengenai perbezaan di antara JESUS dalam agama kristian, dan JESUS dalam agama Islam... JESUS yang sebenarnya. Wallahualam.. 

Pn Noor Afidah, sekarang menetap di London bersama keluarga



[Anak-anak kami dan Jesus alaihissalam]
It's the time of the year again. 

Apabila tiba musim perayaan Krismas, anak-anak di sekolah luar negara terutamanya akan terdedah kepada pelbagai kisah mengenai Jesus. Tetapi bukan Jesus sebagai seorang Rasul Allah dan manusia biasa, sebaliknya Jesus sebagai ‘God’ (dan Son of God) . Inilah cabaran membesarkan anak di luar negara.
Ketika Ayunie bersekolah di Melbourne pada awal tahun 2000 dulu, kami menghadapi cabaran yang sama. Kebanyakan private schools di Melbourne pada masa itu attached dengan gereja. Seminggu sekali mereka wajib menghadiri service di gereja Baptist. Seminggu sekali mereka ada kelas Christian Education di sekolah. Alhamdulillah setelah berbincang dengan pihak sekolah, Ayunie mendapat pengecualian dari service di gereja dan kelas Christian Education. Walau bagaimanapun menjelang Krismas, kanak-kanak terlibat dengan nativity play dan nyanyian carols. Kami mendapatkan lirik lagu-lagu yang dinyanyikan daripada pihak sekolah supaya kami tahu apa kandungan lagu tersebut. Kami menerangkan kepada Ayunie siapa Jesus a.s menurut Islam. Being the only Muslim child in the school bukanlah mudah. She was a smart girl, she still is. Setiap kali menyanyikan carols yang ada menyebut Jesus (as God atau son of God), dia mengertap bibir dan tidak menyebut lirik tersebut. Ini adalah idea dia sendiri, bukan arahan daripada kami. That’s a way of not accepting the belief…according to a 5-year-old Ayunie. Malah semasa pendakwah Jehovah Witness datang ke rumah kami, Ayunie dengan selamba memberitahu mereka, 

"We believe in Jesus. He is a special prophet of Allah. But he is not God or the son of God.” 

Keperluan untuk membentuk sistem kepercayaan yang kuatlah menjadi sebab utama kami mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia walaupun berpeluang berada lebih lama di Melbourne. Kami percaya, faktor persekitaran sangat penting untuk perkembangan aqidah anak.

Lebih mudah buat Azzam kerana asas pemahamannya tentang Nabi Isa a.s juga dipupuk di sekolah Islam di Malaysia selain di rumah.

Hakeem juga mendapat pengetahuan asas tentang Nabi Isa a.s dari tadika Islam di Malaysia. Apabila tiba di UK pada usia 5 tahun, dia mula terdedah kepada Jesus as God dan Son of God. Walaupun International School meraikan semua agama tapi budaya di UK meraikan Jesus as God. Pada satu hari saya ternampak Hakeem membaca The Noble Quran (terjemahan oleh Taqiuddin Al Hilali). Tanpa diduga, dia mencampak terjemahan tersebut ke atas katil. Air mukanya agak kaget dan marah.

Saya kehairanan lalu bertanya, “ Whats wrong Hakeem ?”. 

Dengan nafas yang laju, dia menjawab “Why does THIS Quran mention Jesus? Jesus is not God. Quran shouldn’t mention Jesus”.
Fahamlah saya. Pada pemahaman the 5-year-old Hakeem, Nabi Isa dan Jesus adalah dua individu yang berbeza. Orang Melayu tidak menyebut Jesus. Walaupun belajar dalam Bahasa Inggeris, kita menyebut Prophet Isa a.s. Kita tidak menyebut Jesus. Jadi apabila Hakeem membaca kisah Jesus di bahagian Appendix Noble Quran, dia keliru. Dia keliru kenapa nama Jesus di sebut di dalam Al Quran sedangkan Jesus yang difahaminya adalah yang diraikan sebagai God dan itu adalah salah. Salah kami juga sebagai parents kerana terlepas pandang aspek itu kerana baru saja tiba di UK. 

Selepas saya menerangkan bahawa Jesus dan Nabi Isa adalah orang yang sama dan tidak salah menyebut Jesus kerana itu adalah satu nama. Yang salah adalah menyebut dan mempercayai bahawa Jesus adalah God atau Son of God. Dia kelihatan lega selepas itu dan teruskan membaca Noble Quran tersebut. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, never assume when it comes to aqidah. Kita perlu pastikan anak-anak betul faham soal aqidah terutamanya yang berkaitan dengan Jesus a.s sewaktu musim perayaan Krismas. Walaupun kita berada di Malaysia dan berada di dalam persekitaran yang ‘selamat’, jangan terlepas pandang apa yang mereka serap dan mereka faham terutamanya dari media sosial. Biar anak-anak selesa dengan nama Jesus. Biar mereka selesa menyebut:
"Yes I believe in Jesus and I love Jesus as a prophet of Allah. In fact, no Muslim is a Muslim, unless he or she believes in Jesus as a prophet of Allah."
Saya percaya semua ibubapa Muslim di luar negara ada pengalaman dengan anak masing-masing tentang Jesus (peace be upon him) terutamanya di musim Krismas ini. 

Panduan untuk mendidik anak2 mengenai Jesus..


1. Mula sekali kena tahu apa yang anak 3 tahun tu dah tahu dari sekolah, kiranya dia dah ke sekolah. Pada masa yang sama, story telling/baca bersama-sama adalah aktiviti yang sesuai. 
2. Sesi penceritaan perlu berlaku dua hala. Perlu ada peluang dialog/soal jawab supaya kita tahu apa yang anak faham. 
3. Perkenalkan juga nama-nama lain para Nabi contohnya Isa/Jesus, Yusuf/Joseph, Ayub/Job dsbnya. 
4. Penting juga pupukkan rasa hormat pada kepercayaan agama lain. ayat dalam Quran tentang ini (Al An'am: 108) 


5. Penting: Jelaskan tentang Jesus bukan God/Son of God (Al Ikhlas). Allah Maha ESA, tiada anak dan hanya SATU. 


~Di petik & di adaptasi dari  fb wall Pn Noor Afidah. 

Semoga perkongsian ini, memberi sedikit penjelasan dan kepentingan untuk kita percaya dan didik anak2 kita untuk faham dengan jelas mengenai perbezaan di antara JESUS dalam agama kristian, dan JESUS dalam agama Islam... JESUS yang sebenarnya. 

Wallahualam..

Jemput tekan button share di bawah, jika anda rasa ianya bermanfaat untuk di kongsikan...;) 'Sampaikanlah walau 1 ayat' 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...