Rabu, 29 Januari 2014

Aduhhh.. Dia datang lagi...painkiller la kawanku!

Keluhan bulanan bagi wanita yang menghadapi senggugut sering kita dengar... ada yang terpaksa cuti dan juga bergantung pada ubat. Ada yang terguling-guling kepedihan...

Saya sendiri... semasa di sek rendah dulu, bila tengok kakak dan kawan-kawan yang sengugut... rasa TAKUT sangat kalau2 miss P datang... sakit sangat ke? sampai ada yang meraung, menangis... huhu...rupanya2 memang ada SAKIT SENGUGUT yang amat sakit... mungkin tak terungkap dengan kata2..siapa yang pernah mengalami nya sahaja yang faham.

Ada kawan saya, hampir setiap kali 'datang bulan' die mesti MC... kesian kan.. dah telan paracetamol pun.. bulan dpn berguling lagi...

Bayangkan setiap kali Miss P datang... berbaris painkiller/paracetamol di telannya! 

Perasaan sesetengah orang bila di tanya! huhu... don't you dare to ask!


Oucchhhhhh......!

Baru-baru ni pula, ada kawan share yang seorang kakak berumur sekitar 30an, dengan ada anak kecil lagi, terpaksa Dialisis....huh! kenapa pula kan muda2 lagi dah dialisis?

Di selidiki, rupanya... tabiat akak ni suka sangat berkawan dengan dengan painkiller setiap kali sengugut menyerang! sebenarnya...bukan la pulih pun, cuma kita di'tipu' untuk tak rasa sakit tu. tapi kesannya... bila dah beratus baris painkiller di telan, maka buah pinggang la jadi mangsa, tempat perkumpulan 'hasil' yang tak keluar dari badan...

Ada pula yang kata, ala dialisis je? nanti baik la... 

Ouch....!!!!

Siapa kata dialisis aje? sekali dah kena dialisis... berterusan la jadinya. dan macam2 pula pantang orang dialisis nih. Harganya pula! huhu




Hanya kerana gara nak elak rasa sakit sengugut, jadi la kisah kesakitan yang berpanjangan! dan duit yang berterbangan!!! huhu.. alangkah malangnya kan?


Jom kita baca sikit... SEJARAH..ops.. bukan la sejarah.. punca sengugut memang akan sentiasa berlaku, tak kira pada umur berapa.sakit sikit2, sakit byk sikit, atau sakit SANGAT je bezanya.


APA ITU SENGGUGUT?

Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .

Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita  dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.

Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis.

SENGGUGUT PRIMER

Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.

Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an.Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.

Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
-  rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.

Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;
* tegang pada payu dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual(50%) dan muntah(25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah

Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang

Faktor Risiko

Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
* Sejarah keluarga juga punyai senggugut


Kenapa ia berlaku?

Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormone ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin diperolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.


Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?

Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?


Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?

Tanpa ubat:
-   Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
-   ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
-   Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
*  Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.


Senggugut sekunder

Di antara penyakit termasuk
* Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
* Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.


Rawatan Senggugut sekunder

Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti inflamatori saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin (ponstan).
Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Saperti fibroid dan endometriosis rawatan pembedahan adalah definitif.

Kerap berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan sakit serta gejala saperti tersebut diatas. Di sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk melalui rawatan laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat penyebab senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali.


Komplikasi

Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya. Sekira jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian dan menganggu system reproduktif. Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik. Yakni kandungan luar rahim.

Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.

Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.

Diera bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.


ATASI SENGUGUT BERSAMA SHAKLEE....

Dengan supplement shaklee... bukan la 1 produk utk 1 kegunaan sahaja... 

Ada yang selesa selepas pengambilan GLA (membetulkan hormon dan kecutkan rahim) dan Ostematrik ( kalsium... boleh tambah kualiti susu ibu- jika bf), bcompleks (mengurangkan sakit kepala dan kesan PMS).. ada juga yang ambil alfafa sahaja.. utk masalah lain, tetiba sengugut juga berkurangan... sebagai membantu anda membuat pilihan, boleh hubungi saya, kerana setiap vitamins ada kesan yang berbeza-beza dan boleh juga saya sesuaikan mengikut bajet nya. ;) 



Entry berkaitan GLA
Entry berkaitan Alfafa 

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...