Rabu, 3 Februari 2021

Nutriferon Shaklee - MFMS bersama Dr Yasuhiko Kojima

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ni stok nutriferon kembali berada di Malaysia. Produk yang ramai Cari lagi2 di musim pandemic ni. Boleh wasap.my/60136216522 segera ya jika nak order. Terima kasih. 





Apa itu nutriferon? Saya kongsikan perkongsian dari Master Saya dulu ya. 

Ni gambar kenangan kami masa #ShakleeFreeTripToJapan2017, bersama Dr Yasuhiko Kojima, Immunologist terkenal di Jepun.



Beliau adalah saintis yang menemui fungsi #INTERFERON pada tahun 1954 & mencipta formula #ShakleeNutriferon pada tahun 1994.


So dah 27 TAHUN Shaklee Nutriferon ada di pasaran.


Apa tu INTERFERON?


Ia adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sistem imun kita secara semulajadi sebagai tindakbalas bila ada serangan kuman.


Fungsinya sebagai ALARM, yang alert antibodi dalam badan untuk bersiap sedia dan KUATKAN PERTAHANAN BADAN melawan kuman yang menyerang.


Anda tahu tak, 

1954 - Dr Yasuhiko Kojima berjaya mengesan fungsi Interferon dalam badan.

Selepas 40 TAHUN,

1994 - Beliau mencipta #NUTRIFERON, hasil kajian ke atas lebih 200 jenis tumbuhan. 

Akhirnya beliau jumpa 4 jenis tumbuhan yang betul-betul terbukti mampu BOOST PENGHASILAN INTERFERON dalam badan.

So, ingredients NUTRIFERON ni terhasil lepas 40 TAHUN kajian tau, bukan 40 hari atau 40 bulan! 😄

Dan formula ini dah dipatenkan untuk SHAKLEE sahaja.

Alhamdulillah, ingredients NUTRIFERON IS PROVEN EFFECTIVE untuk boost sistem imun kita sebab ia dicipta oleh pakar sistem immun sendiri.

Kami sekeluarga termasuk anak-anak pun dah rasa good effect lepas amalkan NUTRIFERON, dengan izin Allah, sangat cepat sembuh bila ada jangkitan.

Dalam gambar ni Dr Yasuhiko Kojima dah umur 94 tahun. Nampak masih sihat bertenaga kan. Geng Tun Mahathir ni 😄

So kalau anda ada masalah kerap

DEMAM, BATUK, SELSEMA & mudah kena JANGKITAN, memang WAJIB ada NUTRIFERON sebagai perisai badan kita. InsyaAllah. 💪😄



#ShakleeLovers #ShakleeEffect

Isnin, 18 Januari 2021

Kajian Kesan Dos Tinggi Vitamin C terhadap Pesakit Kritikal Covid19 di ICU Malaysia

 *WAJIB BACA! Kajian Kesan Dos Tinggi VITAMIN C Terhadap Pesakit Covid-19 Kritikal di ICU di Malaysia*


Satu kajian telah dijalankan terhadap 14 pesakit Covid-19 di ICU di 2 buah hospital di Malaysia.


Semua 14 pesakit ni mempunyai median umur 60-an, diberikan sokongan oksigen, mempunyai tahap kesihatan yang lebih kurang sama, dan diberikan ubat & rawatan hospital yang lebih kurang sama.


*Perbezaannya, hanya 7 pesakit diberikan DOS TINGGI VITAMIN C.*


*HASIL KAJIAN*

===========

*Kumpulan Diberi Dos Tinggi Vitamin C*

🍀 *4 orang (57%) keluar dari ICU dengan kesihatan lebih baik*😃

🍀 2 orang (29%) keluar dari ICU dengan kesihatan masih kurang baik

🍀 1 orang (14%) MENINGGAL DUNIA


*Kumpulan TIDAK Diberi Dos Tinggi Vitamin C*

🍂 *5 orang (71%) MENINGGAL DUNIA*😔

🍂 2 orang (29%) keluar dari ICU dengan kesihatan masih kurang baik


*Kumpulan yang diberikan Dos Tinggi Vitamin C mempunyai:-*

✅ 57% lebih rendah kadar kematian.

✅ 9 hari lebih pendek tempoh tinggal di hospital.

✅ 5.6 hari lebih cepat dalam Successful Extubation.

✅ 7.5 hari lebih cepat diberhentikan dari mesin sokongan oksigen.


=======


Tahap Vitamin C dalam badan akan berkurang apabila terkena JANGKITAN. 


Maka Dos Tinggi Vitamin C amat diperlukan bagi membantu melindungi & membaiki tisu dan sel dari kerosakan.

Kajian ini menunjukkan Suplemen Vitamin C mungkin boleh membantu pesakit COVID-19:-

💪 *Meningkatkan fungsi sistem pernafasan*

💪 *Membantu kadar penyembuhan lebih cepat.*


========


Jom amalkan *VITAMIN C SETIAP HARI* untuk menguatkan sistem imun kita melawan sebarang jangkitan.


*Nak order Vitamin C Shaklee 500mg yang berharga hanya 40 SEN SEBIJI?*


Contact saya di 

https://linktr.ee/anisahk


*Master2bAnisah*

*0136216522*

Jumaat, 1 Januari 2021

Welcome 2021

 Selamat Tahun Baru 2021


Apa Azam kita? 


Salah satu nya...


Sentiasa tanamkan dalam hati dan usaha untuk solat di awal waktu. In Sha Allah. 


Since Muslim pr0 ada kontraversi,  kita Cari apps yg lain. Apps Waktu Solat Malaysia, under Majlis Agama Islam Malaysia. 



Ada macam2 juga dalam Apps ni. Doa, selawat dll. 



Jom latih diri untuk jadi lebih baik, bersaing dengan diri sendiri... Tinggalkan 2020 sebagai kenangan untuk lebih maju, cemerlang dalam hal akhirat dan duniawi. In Sha Allah. 




...


Anisah 2021 🎯 

effective S h a k l e e  leader thruout the year, Coordinator by mid year. In Sha Allah.... Daisy Empire will help more people day by day.





May Allah's blessing always be with all of us.

Good bye 2020

Good bye 2020


Last day Tahun 'kereta terbang' 

Teringat lagi zaman Saya di sekolah rendah, selalu nyanyi lagu wawasan 2020. 

Tahun ni kereta terbang belum muncul.


Tapi tahun ni... Pandemic satu dunia, mengubah 'kacamata' dunia. Ekonomi satu dunia bergegar. 


Tahun ni, ramai orang lebih sedar kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan. 


Mari cuci tangan, gosok kiri Kanan, cuci sampai yakini bersih. - nyanyi ya. 

Alhamdulillah. Tentu ada hikmahNya kan. 

Alhamdulillah. Tahun ni lebih ramai yang dapat luangkan Masa lebih dengan keluarga. Tahun ni, ramai merasa homeschool. Course uni yg Tak terjangka boleh belajar melalui VC, Tahun ni semua terpaksa dan berjaya lalui nya dengan cara tersendiri.

Raya Tahun ni pun, kita beraya pun virtually je berjumpa saudara mara. 

Alhamdulillah. Online business juga semakin mendapat lebih perhatian, sbb naturenya kena dgn norma baru kita.


Ahad, 18 Oktober 2020

Perkongsian 7 tahun Shaklee Effect Anisah Khalid sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar pembaca sekalian? Alhamdulillah tentu sihat sejahtera kan sebab dapat baca posting saya ni.

Maaf lama tak berkongsi di sini, zaman dah berubah kan. hihi. ramai sudah fokus pada fb, ig dan terkini tik tok.

Tapi masih ada yang masih mencari info melalui blog sebab blog lebih jelas, boleh baca lebih banyak , dan sebagai seorang yang suka menulis, di blog lah lebih panjang boleh share kan.

Alhamdulillah saya masih setia dengan bisnes shaklee sejak 2013, walaupun ada naik turun nya, saya berada dalam wave shaklee Malaysia sehingga kini Oktober 2020.

Izin kan saya berkongsi shaklee effect kami sejak 7 tahun lalu. alhamdulillah. semua berlaku dengan izin Allah swt.

Inilah kami di awal kami aktif dgn bisnes shaklee. pada tahun 2013. - gambar sekeluarga dari fb page doubleAsihat

Alhamdulillah. #shakleeEffect pertama yang kami rasa ialah kesihatan anak2 sangat improve, jarang sangat demam dan jika demam pun cepat sembuh. Alhamdulillah.

#shakleeEffect ke2, saya berjaya BF amanina sehingga umur 3tahun tanpa campur FM. (walaupun amanina telah mula susu FM semasa umur 4bulan, tetapi selepas mengambil set penyusuan shaklee, no more FM for her. )

#shakleeEffect ke 3, gastrik saya dah lama tak 'menyerang'. dulu, jika menyerang tergolek2 lah memegang perut. berkat pengambilan ESP secara konsisten. Alhamdulillah.

#ShakleeEffect ke 4, kami kekal rupa seperti remaja. hihi ok ni perasan sikit. tapi sungguh itu lah komen kawan yang sudah lama mengenali kami. kulit muka masih seperti remaja 🙂
ok perbandingan kami pada 2013 dan 2020. - letak gambar

ini shaklee effect yang jelas, yang sampingan pun banyak. seperti badan terasa lebih cergas, tiada cramp kaki semasa pregnant, tiada strechmark semasa pregnant, badan terasa lebih firm, bacaan gula bagi penyakit kencing manis arwah atok dulu terkawal dengan pengambilan vivix secara konsisten. Atok baru meninggal setahun... sungguh rindu atok (Al fatihah) - ada saya kongsi kan kisah atok saya di sini dulu. Kisah atok tersayang

Mak abah, pengguna tegar supplements sejak muda lagi, in fact abah sejak kecil lagi. Alhamdulillah sekarang mak abah konsisten dengan ResV, Alfalfa, Omega Guard, Ostematrix, dan Vitamin C ( plus yang lain). Alhamdulillah di usia mereka 60tahun, masih boleh drive kereta utara selatan, Alhamdulillah, tidak di diagnose dengan mana2 penyakit 3 serangkai. Moga terus di lindungi dari penyakit2 tersebut.

- letak gambar ResV / Vivix serta khasiat

Adik beradik saya juga ipars tengah musim pass baton untuk hamil dan bersalin, jadi yang memang konsisten semua makan ialah ostematrix, bukan sekadar kalsium tu. ostematrix sangat membantu dalam melegakan sakit pinggang, cramp kaki kerana ia membekalkan keperluan kalsium harian, juga mengandungi mineral lain yang membantu penyerapan kalsium ke badan. Nenek mertua juga pengguna tegar ostematrix sejak tahun 2013 juga.

- letak gambar oste

Kira nya, vitamins shaklee ni sesuai untuk semua peringkat umur, untuk kanak2 pun kita ada vitamins juga.

Ermmm shaklee ada vitamins sahaja ke?
taklah, shaklee ada Skin Care dan House Care

- letak gambar youth
Shaklee ada set penjagaan kulit, kini di kenali sebagai Youth Skin Care, di reka hasil kajian selama 8tahun oleh saintis di USA. Di jamin selamat dari 2500 bahan merbahaya. Alhamdulillah saya pakai sejak ia mula di lancarkan di Malaysia pada tahun 2018, antara shaklee effectnya ialah kulit terasa moist jer, dapat mengelakkan jeragat, kedutan bawah mata dan macam2 lagi. boleh search je Testimoni Youth Shaklee Malaysia. banyak sangat...
- letak gambar testimoni

Product house care yang saya konsisten pakai sejak 2013 ialah basic H, pada botol nya ada tertulis '1001 uses' kira nya ia pencuci pelbagai fungsi. Saya gunakan untuk mencuci sayuran dan buahan, mencuci pinggan mangkuk, mencuci lantai , siram pada pokok dan pelbagai lagi. sebotol tahan berbulan2 sebab ia nya sungguh pekat. dan yang paling penting enviromental friendly. Selain basic H, terdapat dish washing liquid, detergent dan set penapis air.( maklumat lanjut boleh click Shaklee get clean products )
- letak gambar get clean

Di akhir kata, ...
posting belum siap, tapi saya post je dulu ya. sebab kalau letak draft... kang lupa nak publish, duk la diam2 dalam draft. jika anda membaca posting ni, ingat kan saya untuk SIAP kan ASAP ya. wasap saya tau!
wasap.my/60136216522

Selasa, 8 September 2020

Cita cita ku bukan suri rumah, tapi sudah 7 tahun ini jawatanku

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Penulisan ini saya kongsi kan di fb wall saya pada september  2020. Simpan di sini sebagai kenangan. 


Dulu, saya banyak impian. 

Sejujurnya, masa zaman sekolah... Tak pernah cita cita menjadi seorang suri rumah. 


Sejak zaman sekolah, saya menulis diari dan angan2 saya bila besar nanti


Sejak zaman sekolah, saya pandang HEBATnya Wanita berkerjaya


Sejak zaman sekolah, saya pasang impian yang pelbagai. 


Saya hanya lah pelajar yang tidaklah top, namun tidak lah bottom.


Titik kejatuhan akademik saya semasa menduduki A level. Sedih... kemudian


Alhamdulillah semasa diploma dan degree di UiTM saya bangkit menjadi pelajar cemerlang. Selimpang ANC milik ku sewaktu diploma dan first class degree (dgn 2org anak). Masa tu memang set target dan sentiasa usaha, doa dan tawakal ke arah tu. Berkat doa suami, Mak abah, mertua, keluarga, pensyarah dan rakan2 juga. 


2011-2013, saya menjadi seorang wanita berkerjaya, ibu kepada 2 orang cahayamata. Terasa kurangnya masa saya bersama anak2. Bila ada perkembangan baru anak, saya sebagai mama... bukan orang pertama yg tahu. Saya sedih. 


Alhamdulillah. Masa tu saya cari peluang bisnes yang membolehkan saya menjaga anak saya sendiri di samping boleh ada income yang stabil. Saya follow kisah Kak Maria. Alhamdulillah Allah lorongkan saya untuk join shaklee dgn free membership. Kumpul order dengan kawan2 ofis, buat belian 300uv dalam masa 3hari. MasyaAllah. Yakin nya saya berkongsi kebaikan produk shaklee ketika itu, Allah izinkan mereka terus membeli melalui saya. 


Alhamdulillah. Beberapa bulan selepas itu, saya konsisten berkongsi.. dan berjaya rankup sebagai sv pada bulan ke 4 mendaftar. Dalam masa saya masih bekerja dan menjadi pelajar master. 


Alhamdulillah. Bulan tersebut bulan terakhir saya bekerja. Dan fokus pada bisnes shaklee, bulan seterusnya... sambil jaga anak2 di rumah, saya berjaya rank up senior supervisor. Allahuakbar. Nikmat mana yang KAU dustakan?

Allah izinkan saya untuk menjadi working at home mum, with 4 figure income. 


Apa jadi selepas itu? 


Impian saya tersadai kerana silap saya sendiri. 


Maafkan diri mu, duhai Anisah. 


To be continued

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...