Isnin, 13 Februari 2023

Selamat datang 2023 - Refleksi

 Assalamualaikum wbt , Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda semua? Di doakan semua yang membaca dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam rahmat kasih sayang Ilahi. 

Diam tak diam, dah 10 tahun la blog ni wujud. Dulu saya sangat suka menulis diari, dari zaman sekolah rendah dulu, bila dah masuk kerja dan masuk dunia 'shaklee', blog ni la tempat saya berkongsi. Baru-baru ni, ada sideline dalam shaklee (yang kini Master Coordinator) cari satu posting yang beliau saya pernah kongsikan di sini. MashaAllah masih releven kah posting ku? Terima kasih Tiera atas sokongan ini. 

Namun, sejak sibuk dengan urusan keluarga, ntah apa yg sibuk sangat tu kan. Nama je surirumah, stay at home mother, tentulah banyak masa lapang kan. #pembaris . hihi. 

Oklah tolong doakan saya rajin menulis lagi ya. sebenarnya satu terapi juga bila kita berkongsi rasa ni kan. Bagi hidup ni lebih bererti bila kita lebih berkongsi. Saya mungkin tak banyak harta, saya mungkin tak banyak pengalaman kerja seperti kawan2 seperjuangan belajar dulu, tapi setiap dari kita punya pengalaman yang berbeza, mahupun dari segi personal life, kerjaya dan hidup bermasyarakat. 

Alhamdulillah memasuki 10 tahun bergelar SuriRUMAH tangga sepenuh masa, dari dulu 2 orang anak di tahun 2013, kini Alhamdulillah di izinkan ada amanah 5 orang anak yang sentiasa perlukan bimbingan dan kasih sayang dalam mendidik diri menjadi insan yang lebih bermakna. Alhamdulillah dikurniakan suami yang menjadi penyokong kuat dalam saya menjalani kehidupan harian. 

Alhamdulillah, Allah masih izinkan, ada mak abah sertu mama baba mentua yang sentiasa memberi sokongan yang berpanjangan, Doa mereka sentiasa mengiringi kami semua. 

Alhamdulillah , terlalu banyak kesyukuran yang kita harus syukuri.

Alhamudlillah, kita semua sudah melalui fasa pandemik covid19 yang amat menakutkan dulu, bilangan yang terkena jangkitan jutaan ribu di seluruh dunia, dunia 'berehat' dari pelbagai aktiviti lazim untuk tempoh 2tahun - tahun 2020-2021. Tahun 2022, pelbagai aktiviti sosial kembali berlangsung di antara nya World Cup Qatar yang di raikan seluruh dunia, pelbagai aktiviti sukan, konferens dll turut berlangsung seperti sebelum kehadiran c19, pemakaian pelitup muka (mask) dah menjadi SEJARAH. 

Alhamdulillah tahun 2023 telah tiba, pasti ada kisah yang tersendiri. 


Februari 2023, dunia di kejutkan dengan gempa bumi yang dahsyat di bumi Turkiye dan Syria, ribuan yang telah hilang nyawa , jutaan yang hilang tempat tinggal. Allahuakbar. Moga Allah tempatkan para muslimin yang terkorban sebagai syuhada. 

Marilah kita lebih menghargai peluang dan ruang yang ada untuk tingkatkan kualiti diri , untuk kecemerlangan dunia dan akhirat. inshaAllah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...