Selasa, 30 Mac 2021

Kurma Ajwa dari Madinah

 

AJWA

Nabi [SAW] bersabda, "Barangsiapa yang memakan tujuh kurma Ajwa setiap pagi, tidak akan terkena racun atau sihir pada hari dia memakannya." (Sahih Bukhari: Jilid 7, Buku 65, Nombor 356)

Teksturnya lebih lembut dan kering berbanding kurma lain

Kurma Ajwa: Dari Madinah

*Kurma Ajwa tidak memerlukan penyimpanan khas seperti penyejukan, tetapi harus berhati-hati untuk tidak menyimpannya di kawasan yang panas atau kelembapan yang berlebihan kerana ini mungkin mengeraskan buah sehingga tidak sesuai untuk di makan

Khasiat Kurma Ajwa:
• Kurma Ajwa dipenuhi dengan mineral penting dan pelbagai nutrien lain yang dapat membantu tubuh kita membesar, cepat sembuh dan terus berfungsi dengan normal. Nutrien ini terdiri daripada potasium yang sangat penting untuk kehidupan dan penting untuk jantung
• Ia membantu dalam penyembuhan hati dari banyak penyakit parasit dan ubat yang baik untuk hepatitis dan mengandungi vitamin B2
• Menggiatkan penuaan sehingga melambatkan elemen penuaan dan memberikan imuniti terhadap otak dan keletihan badan
• Ia membantu merawat air kencing, membersihkan ginjal dan berguna untuk hati

Selasa, 16 Mac 2021

Cemerlang tanpa A berderet semasa SPM?

Pengalaman ini di tulis di fb, 16 Mac 2017. 


Hari ni terflash back kisah 2003, hari mengambil keputusan GCSE (setaraf SPM)


kita sudah terbiasa dengan Score A baru bersorak...

kita di Malaysia sudah terbiasa banyaknya A, baru cemerlang

kita sudah terbiasa tanpa A, kurang cemerlang ataupun Gagal?


Namun, kenangan bersekolah di Sheffield. UK dulu...


dengan grade C ...'wow, Excellent!' 

dengan grade D...' Congratulations you did it'


Di kala, saya menangis bila memegang slip keputusan - 1A, 1B , 5C , 1D ... Geletar tangan... Ada D? 


Air mata mengalir tanpa diminta. 


terus berjumpa cikgu Mathematics (beliau meletakan harapan yang sangat tinggi... ) katanya...' Amazing result! btw, I have check your maths paper, you are just 1 mark off to get A star... but an A is very good enough' .... wwaaaaa... tangisan ku tidak tertahan. 


pergi berjumpa dengan cikgu sc... Congratulations you got Double C in Sc. thats fantastic' waaaaa... you know that i really wanted a B (knowing that A is imposibble- sbb kat sana kena ambil module masa Year 10 dan Year 11... masa Y10 tak tahu pun kewujudan paper Foundation, even score 100% pun grade tertinggi C... tu yg pelik asal la soalan nya senang sgt berbanding PMR..) 


dan selepas tu baru berjumpa dengan kawan2... mereka bangga dengan C, D, E yang berderet... diorang gelak2 bersorak sebab dah habis sekolah..... saya???huuuwaaaaaa.... menangis dalam hati sebabnya diorang memang puji la result saya tu. 


tak terbayang wajah mak abah macamana...


Alhamdulillah.. bila balik rumah, terus peluk mak abah... dan mak abah berikan kata2 semangat... 


Kita sudah terbiasa... banyaknya A baru cemerlangkan? tetapi tidak bagi mereka. even sepanjang 4tahun mengikuti pengajian di sekolah dan kolej di UK... getting A is just a BONUS untuk ke uni dan program degree yang bagus... 


dan bukan bermakna pengakhiran hidup ni. just another jumping stone. 


Tup2 bila kerja ramai je yang bukan pakai pun sijil2 yang bersinar tu. In fact, ilmu yang kita dapat tu nilainya tidak terhingga bukan hanya kerana grade A. 


Alhamdulillah... tamat dgn jayanya Diploma dan Degree... 


Alhamdulillah... dan kisah menuntut ilmu di teruskan hingga kini. 


D tu untuk English language ... Dan saya telah re-sit paper English dan dpt C. One fine day later (2013), ambil ielts dan dapat band 7. Alhamdulillah. D years ago, had an impact to be ielts band7 after 10yrs education in Malaysia. He he. 

ok dah terpanjang pula...

Terima kasih pada yang sudi SHARE , nukilan yang ikhlas dari hati.

Pengalaman Menduduki SPM di usia 28tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pengalaman ini di tulis pada tahun 2017

Alhamdulillah, hari ni keputusan SPM 2016 heboh di newsfeed fb dan ramai geng 'senior2' , graduan SPM 10-15-20 tahun lepas juga mengenang kenangan mengambil keputusan mereka.

Pasti anda tertanya betul ke tajuk ni??? Pengalaman Menduduki SPM di usia 28tahun 

Ya, anda bukan tersilap baca. Saya telah menduduki peperiksaan SPM semasa saya   berusia 28 tahun iaitu pada tahun 2014, pelik kan? kenapa dah tua' baru nak ambil SPM. erm sebenarnya saya antara calon SPM termuda di dalam bilik peperiksaan tu... pelik tetapi benar, ramai
pakcik-2 a.k.a atok2 yang dah pun berumur 40 , 50  yang ambil SPM bersama2 dengans aya pada tahun 2014 yang lalu. pelik kan?

Sebenarnya, saya ambil subjek Bahasa Malaysia sahaja sama seperti pakcik2 tu. sebab apa? sebab antara syarat untuk kerja dengan kerajaan ataupun kelayakan untuk mendapat jawatan tetap dalam jabatan kerajaan ialah memiliki sijil SPM , dan lulus Bahasa Malaysia SPM.Menurut kata seorang pakcik tu, beliau mengambil SPM sebab nak pencen. hehe. macam kelakar kan ... dah nak pencen pun nak kena ambil SPM. Dah macamana tu syarat yang kerajaan tetapkan. Kesian juga kadang tu, pakcik2, terutama yang bukan berbangsa melayu... terpaksa la juga paksa diri menulis karangan BM, membuat rumusan dan huraian novel.

oklah, berbalik kepada diri saya... kenapa saya baru menduduki SPM di usia 28tahun??? Sedangkan saya telah pun tamat Diploma Sains Kuantitatif, UiTM pada tahun 2008 dan Ijazah Sarjana Muda Matematik Pengurusan, UiTM pada tahun 2011... ramai yang tertanya boleh ke masuk UiTM tanpa SPM?

Alhamdulillah... saya telah menduduki GCSE (Setaraf SPM) pada tahun 2003 di Hinde House School, Sheffield, United Kingdom. 

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...