Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar pembaca sekalian? Alhamdulillah tentu sihat sejahtera kan sebab dapat baca posting saya ni.
Maaf lama tak berkongsi di sini, zaman dah berubah kan. hihi. ramai sudah fokus pada fb, ig dan terkini tik tok.
Tapi masih ada yang masih mencari info melalui blog sebab blog lebih jelas, boleh baca lebih banyak , dan sebagai seorang yang suka menulis, di blog lah lebih panjang boleh share kan.
Alhamdulillah saya masih setia dengan bisnes shaklee sejak 2013, walaupun ada naik turun nya, saya berada dalam wave shaklee Malaysia sehingga kini Oktober 2020.
Izin kan saya berkongsi shaklee effect kami sejak 7 tahun lalu. alhamdulillah. semua berlaku dengan izin Allah swt.
Inilah kami di awal kami aktif dgn bisnes shaklee. pada tahun 2013. - gambar sekeluarga dari fb page doubleAsihat
Alhamdulillah. #shakleeEffect pertama yang kami rasa ialah kesihatan anak2 sangat improve, jarang sangat demam dan jika demam pun cepat sembuh. Alhamdulillah.
#shakleeEffect ke2, saya berjaya BF amanina sehingga umur 3tahun tanpa campur FM. (walaupun amanina telah mula susu FM semasa umur 4bulan, tetapi selepas mengambil set penyusuan shaklee, no more FM for her. )
#shakleeEffect ke 3, gastrik saya dah lama tak 'menyerang'. dulu, jika menyerang tergolek2 lah memegang perut. berkat pengambilan ESP secara konsisten. Alhamdulillah.
#ShakleeEffect ke 4, kami kekal rupa seperti remaja. hihi ok ni perasan sikit. tapi sungguh itu lah komen kawan yang sudah lama mengenali kami. kulit muka masih seperti remaja
ok perbandingan kami pada 2013 dan 2020. - letak gambar
ini shaklee effect yang jelas, yang sampingan pun banyak. seperti badan terasa lebih cergas, tiada cramp kaki semasa pregnant, tiada strechmark semasa pregnant, badan terasa lebih firm, bacaan gula bagi penyakit kencing manis arwah atok dulu terkawal dengan pengambilan vivix secara konsisten. Atok baru meninggal setahun... sungguh rindu atok (Al fatihah) - ada saya kongsi kan kisah atok saya di sini dulu. Kisah atok tersayang
Mak abah, pengguna tegar supplements sejak muda lagi, in fact abah sejak kecil lagi. Alhamdulillah sekarang mak abah konsisten dengan ResV, Alfalfa, Omega Guard, Ostematrix, dan Vitamin C ( plus yang lain). Alhamdulillah di usia mereka 60tahun, masih boleh drive kereta utara selatan, Alhamdulillah, tidak di diagnose dengan mana2 penyakit 3 serangkai. Moga terus di lindungi dari penyakit2 tersebut.
- letak gambar ResV / Vivix serta khasiat
Adik beradik saya juga ipars tengah musim pass baton untuk hamil dan bersalin, jadi yang memang konsisten semua makan ialah ostematrix, bukan sekadar kalsium tu. ostematrix sangat membantu dalam melegakan sakit pinggang, cramp kaki kerana ia membekalkan keperluan kalsium harian, juga mengandungi mineral lain yang membantu penyerapan kalsium ke badan. Nenek mertua juga pengguna tegar ostematrix sejak tahun 2013 juga.
- letak gambar oste
Kira nya, vitamins shaklee ni sesuai untuk semua peringkat umur, untuk kanak2 pun kita ada vitamins juga.
Ermmm shaklee ada vitamins sahaja ke?
taklah, shaklee ada Skin Care dan House Care
- letak gambar youth
Shaklee ada set penjagaan kulit, kini di kenali sebagai Youth Skin Care, di reka hasil kajian selama 8tahun oleh saintis di USA. Di jamin selamat dari 2500 bahan merbahaya. Alhamdulillah saya pakai sejak ia mula di lancarkan di Malaysia pada tahun 2018, antara shaklee effectnya ialah kulit terasa moist jer, dapat mengelakkan jeragat, kedutan bawah mata dan macam2 lagi. boleh search je Testimoni Youth Shaklee Malaysia. banyak sangat...
- letak gambar testimoni
Product house care yang saya konsisten pakai sejak 2013 ialah basic H, pada botol nya ada tertulis '1001 uses' kira nya ia pencuci pelbagai fungsi. Saya gunakan untuk mencuci sayuran dan buahan, mencuci pinggan mangkuk, mencuci lantai , siram pada pokok dan pelbagai lagi. sebotol tahan berbulan2 sebab ia nya sungguh pekat. dan yang paling penting enviromental friendly. Selain basic H, terdapat dish washing liquid, detergent dan set penapis air.( maklumat lanjut boleh click Shaklee get clean products )
- letak gambar get clean
Di akhir kata, ...
posting belum siap, tapi saya post je dulu ya. sebab kalau letak draft... kang lupa nak publish, duk la diam2 dalam draft.
jika anda membaca posting ni, ingat kan saya untuk SIAP kan ASAP ya.
wasap saya tau!
wasap.my/60136216522