Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Penulisan ini saya kongsi kan di fb wall saya pada september 2020. Simpan di sini sebagai kenangan.
Dulu, saya banyak impian.
Sejujurnya, masa zaman sekolah... Tak pernah cita cita menjadi seorang suri rumah.
Sejak zaman sekolah, saya menulis diari dan angan2 saya bila besar nanti
Sejak zaman sekolah, saya pandang HEBATnya Wanita berkerjaya
Sejak zaman sekolah, saya pasang impian yang pelbagai.
Saya hanya lah pelajar yang tidaklah top, namun tidak lah bottom.
Titik kejatuhan akademik saya semasa menduduki A level. Sedih... kemudian
Alhamdulillah semasa diploma dan degree di UiTM saya bangkit menjadi pelajar cemerlang. Selimpang ANC milik ku sewaktu diploma dan first class degree (dgn 2org anak). Masa tu memang set target dan sentiasa usaha, doa dan tawakal ke arah tu. Berkat doa suami, Mak abah, mertua, keluarga, pensyarah dan rakan2 juga.
2011-2013, saya menjadi seorang wanita berkerjaya, ibu kepada 2 orang cahayamata. Terasa kurangnya masa saya bersama anak2. Bila ada perkembangan baru anak, saya sebagai mama... bukan orang pertama yg tahu. Saya sedih.
Alhamdulillah. Masa tu saya cari peluang bisnes yang membolehkan saya menjaga anak saya sendiri di samping boleh ada income yang stabil. Saya follow kisah Kak Maria. Alhamdulillah Allah lorongkan saya untuk join shaklee dgn free membership. Kumpul order dengan kawan2 ofis, buat belian 300uv dalam masa 3hari. MasyaAllah. Yakin nya saya berkongsi kebaikan produk shaklee ketika itu, Allah izinkan mereka terus membeli melalui saya.
Alhamdulillah. Beberapa bulan selepas itu, saya konsisten berkongsi.. dan berjaya rankup sebagai sv pada bulan ke 4 mendaftar. Dalam masa saya masih bekerja dan menjadi pelajar master.
Alhamdulillah. Bulan tersebut bulan terakhir saya bekerja. Dan fokus pada bisnes shaklee, bulan seterusnya... sambil jaga anak2 di rumah, saya berjaya rank up senior supervisor. Allahuakbar. Nikmat mana yang KAU dustakan?
Allah izinkan saya untuk menjadi working at home mum, with 4 figure income.
Apa jadi selepas itu?
Impian saya tersadai kerana silap saya sendiri.
Maafkan diri mu, duhai Anisah.
To be continued