Selasa, 30 Oktober 2018

Review on Swiss Garden Beach Resort - Lumut by Asyraf Shaare

Alhamdulillah we went to Swiss Garden Beach Resort Damai Laut from 19th August to 21st August 2018, 3days 2nights. My lovely husband wrote a google review on our short vacation which the kids enjoy so much.

Have a read... If you really want to stay here, then recommended to stay more than 1 night because of the following reasons: 1) Its near to lumut so 60% of the journey, you have take the kampung road. Only 40% via highway. 2) The place is deep inside somesort "hutan" plantation area that it takes 15mins climbing an S road to the place from the main road. 3) Place is far from your normal restaurant2 "tepi jalan". If you are not willing to commute 30mins to the nearest town ie Seri Manjung, then prepare your wallet. RM55 adult for dinner buffet and RM33 for tomyamgoong ala catre. But theres an upside to the place; 1) My room was newly renovated. New toilet area, so that was nice. But the toilet glass door it quite cumbersome for me to open close and the bidet holder was not installed properly. Damn it annoyed me. 2) They have upgraded their pool area with slides which looks like some sort of mini water themepark. One of my kids favourite area. 3) For most of the items in the convenience shop, the prices are quite reasonable for a hotel resort. Competitive to 7 Eleven price. 4) New Kid Zone Area that has gadget area, pool ball area, colouring and painting area, theatre area, wall ping pong, nerf gun shooting area and a gym. The attendant there were nice too, thanks to ain, munirah and the geng. Another area that attracts my kids. 5) The recreation activities are also worth for you to check.

Khamis, 25 Oktober 2018

Seminar Marketing Genius MFMS 21 Oktober 2018


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa2 bisnes pun kalau tanpa marketing, tak kan dapat berjalan. Yelah kan macamana orang nak tahu kewujudan kita, service kita, produk kita, jika bukan kita yang bagitahu kan? Jika bukan kita yang pasarkan?

Marketing antara elemen paling penting dalam mengembangkan bisnes. Memang perlu belajar. Unless nak langgar dinding berkali2. Ouch!

Alhamdulillah. Maria Firdaus Spa Academy telah anjurkan Seminar Marketing Genius MFMS bertempat di Setapak KL pada 21 Oktober 2018 yang lalu.



Saya telah mengambil peluang keemasan untuk belajar dan gilap elmu (emosi + ilmu) ke arah hidup berbisnes yang lebih cemerlang. In sha Allah.

Alhamdulillah

Apa beza kursus mobile spa twb?

  • Kami ada team yang hebat
  • Kami ada support sistem yang amazing.
  • Kami ada marketing plan dalam kumpulan.


...

Inilah wajah2 "mak bidan moden"

Nama pun beautician kan, alhamdulillah. Semua cantik2. Sebagai beautician TWB merangkap pengguna YOUTH skin care dan makan supplemen Shaklee. Sihat selalu in sha Allah.

...

Alhamdulillah. Ramai yang dah perolehi income 4-5 angka melalui income 6penjuru dalam twb.

Ramai juga bakal menyusul. In sha Allah.


...

#mobileSpaTWB memudahkan golongan ibu2 yang mahu berspa tanpa perlu ke spa.

#MFMSSpaAcademy, academy Spa untuk mereka yang nak jana pendapatan melalui Mobile Spa.

Kami sudah sertai, anda bila lagi?

PAKEJ twb bakal dinaikkan RM1000 bulan depan. Rebut peluang bulan ini. Jom ;)

Isnin, 22 Oktober 2018

Tak pernah berfacial, kini mahir meng-facial kan orang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hi, Saya Anisah Khalid, beautician dari Shah Alam. macam best je di gelar beautician kan. yelah tugasnya untuk beautify kan orang.

Nak tahu satu rahsia tak? Saya tak pernah berfacial di spa etc. Tapi kursus facial yang telah saya ikuti tu, inclusive sangat. lepas belajar, tak sabar nak praktis sebab nampak perubahan pada muka orang yang kita facialkan tu. Alang-alang belajar facial, facialkan lah muka sendiri. InshaAllah bertambah yakin dan bersemangat nak kongsi 'kenikmatan' berfacial.

Tak pernah berfacial, kini mahir meng-facial kan orang


Alhamdulillah training pd 14okt ahad lepas. 

Alhamdulillah. Mula service spa berbayar hari Selasa 16Okt then khamis dan Jumaat.

Alhamdulillah 3 quick facial, 3 full facial. 

Alhamdulillah jumlah terkumpul RM285. ~ dalam masa 7jam+ . Di ibarat satu hari keje ofis 😊👍

Alhamdulillah. Untuk orang baru spt saya yang tak pernah berfacial dan baru sekali belajar berfacial. Saya bangga dengan diri sendiri. Terasa rugi tak join TWB dari dulu. 

Ku sangka tangan keras, lembut juga rupanya. 

Alang2 belajar facial, muka sendiri la di facialkan juga. Kita bertanggungjawab dengan penjagaan kulit sendiri. setuju kan?

Terima kasih master Ainul atas training hari tu juga program TWB ni.



#mobileSpaTWB memudahkan golongan ibu2 yang mahu berspa tanpa perlu ke spa.
#MFMSSpaAcademy, academy Spa untuk mereka yang nak jana pendapatan melalui Mobile Spa.
Kami sudah sertai, anda bila lagi?
PAKEJ twb bakal dinaikkan RM1000 bulan depan. Rebut peluang bulan ini. Jom 

Ahad, 14 Oktober 2018

Anisah Beauty Mobile and Home Spa mula beroperasi 15 Oktober 2018


Alhamdulillah, selesai sudah Training Mobile Spa di bawah Projek "The Walking Beauty" (TWB)

Now I'm officially a certified Beautician under The Walking Beauty Project



Nantikan kemunculan "Anisah Beauty Mobile and Home Spa" bermula 15 Oktober  2018.

Saya ingin buka offer untuk 5 pelanggan terawal merasai Facial Relaxing Treatment yang super best!

Rasai sentuhan Spa dari jari jemari saya yang pasti membuat muka anda bersih , sihat dan berseri!

Yang pasti, produk Spa TWB adalah 100% organik, selamat, dan semulajadi 😉

Cepat! Siapa berminat, sila pm http://www.wasap.my/60136216522/TWBSpaByAnisah


Selasa, 9 Oktober 2018

Free Online Preview The Walking Beauty (TWB)

🌟Free Online Preview The Walking Beauty (TWB)🌟

Bina Bisnes Mobile Spa Dengan Nama Anda Sendiri!

Mohon Anda Baca Sampai Habis 😊



🌸Sejak 2015, kami telah memulakan Projek The Walking Beauty (TWB). Ia adalah program Kursus Mobile SPA secara Personal Coaching One To One.

🌸Untuk makluman anda, sepanjang 4 tahun ini, team TWB telah mencuba pelbagai cara, strategy, marketing untuk mencari kaedah terbaik membantu wanita MENJANA INSTANT CASH SETIAP HARI

🌸Alhamdulillah, kini TWB telah berjaya membantu ramai WANITA, samada SURIRUMAH mahupun yang BEKERJAYA, mampu menjana extra income 4-5 ANGKA SETIAP BULAN melalui bisnes mobile spa. 

🌸Kami tidak menjanjikan kejayaan kepada anda. Cuma kami boleh beritahu, dah ramai yang 'terpaksa' berhenti kerja selepas buat bisnes mobile spa ini.

🌸Dah ramai juga para wanita 'terpaksa' ada duit bulanan sendiri kerana bisnes ni mampu beri INSTANT CASH kepada mereka.

🌸Untuk membantu anda lebih jelas tentang Program TWB, kami akan mengadakan ONLINE PREVIEW PERCUMA DI WHATSAPP GROUP.

🌸Saya cadangkan, anda join Preview PERCUMA dahulu. Beri PELUANG kepada diri anda untuk lebih faham PELUANG yang TWB tawarkan. Mungkin ini menjadi titik perubahan dalam hidup anda.

🌸Kalau selepas itu anda tak berminat, anda tak rugi apa-apa pun. Anda boleh share peluang ini kepada family & kawan yang mungkin lebih memerlukan.

🌸Preview akan diadakan di GROUP WHATSAPP MALAM INI pada 9-11 Oktober selama 3 hari, bermula jam 9.30 malam setiap hari.

🌸Book your slot NOW. Its Free To Join This Preview. 

Sila Klik Link Ini:-

http://www.wasap.my/60136216522/TWBPreviewMFMSAnisah


Projek The Walking Beauty (TWB
Kursus Mobile SPA Terbaik di Malaysia

Isnin, 8 Oktober 2018

Sharing dari Seminar Keluarga Sunnah

Assalamualaikum..

Dah lama teringin nak pergi ke seminar keluarga sunnah. Alhamdulillah hari ni ada yang share di whatsapp point yang beliau dapat semasa seminar tersebut. In sha Allah ada rezeki nanti nak pergi juga dengan suami tersayang. yelah, bila kita sendiri ke seminar, in sha Allah boost up semangat dan lebih banyak belajar benda baru juga mengingatkan diri pada ilmu yang pernah di ajar.



...
Beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca, jgn scroll je.. rugi besar kalau tak baca sampai habis.. sgt bermanafaat... tapi kalau malas baca tu x dapek den nk tolong..
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

Kredit kepada penulis asal. Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah swt

Sejarah vitamin C

Sejarah Vitamin C :

Pada tahun 1747, Dr James Lind, seorang doktor telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan mendapat penyakit skurvi ini.

Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak diperdulikan sehinggalah beliau meninggal dunia.

Hanya pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’.

Mereka yang engkar boleh dikenakan hukuman yang berat.
Dalam tahun-tahun yang berikutnya vitamin C semakin menjadi tumpuan ahli sains kerana penonjolan yang dibuat oleh seorang saintis yang amat terkenal iaitu Professor Dr Linus Pauling.

Beliau telah memenangi hadiah nobel sebanyak dua kali (yang pertama dalam bidang biokimia dan keduanya untuk keamanan/peace). Oleh sebab itu beliau amat terkenal dalam dunia sains. Beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Vitamin C and the Common Cold’ .

Dalam dua dekad yang terkini fungsi vitamin C sebagai anti oksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan kehebatan vitamin C sebagai antioksidan.

Selain dari itu vitamin C juga mempunyai lebih dari 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr Linus Pauling yang telah meninggal dunia pada tahun 1994 pada usia 93 tahun.

Beliau juga telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan kajian yang dilakukan bersama dengan Dr Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland.

Di dalam bukunya beliau menerangkan kaedah merawat pesakit kanser tahap akhir dengan megados vitamin C setelah terapi dengan cara lain gagal tetapi tidaklah menolak sepenuhnya kaedah rawatan kanser yang biasa dengan kaedah kimoterapi atau radioterapi.

Nampak tak, betapa penting nya vitamin C ni untuk melawan kanser. - di petik dari sharing dalam group MFMS, Pn Sabariah pada 7 Oktober 2018

Sabtu, 6 Oktober 2018

Pengalaman saya bersama ESP Shaklee



Dikurniakan 4 orang cahayamata, berumur 9thn, 7thn, 3thn dan 3bulan. 2pasang 👦👧👧👦

Alhamdulillah semua anak bf sehingga berumur sekurangnya 2thn.

Asbab perkenalan dgn shaklee?

#SetPenyusuanShaklee. Yang mana ESP adalah antara yg "agent' terpenting.

Anak pertama, terpaksa campur FM, sbb kurangnya ilmu BF masa tu.

Anak ke2, dah mula kenal shaklee. Dan mula ambil ESP, ostematrik dan alfalfa masa anak berumur setahun stgh.

Syok sgt anak menyusu, dan bonus mama nya terslim juga. 😀

Anisah khalid Asyrafanisah.blogspot.com:
Terima kasih pd kak maria perkenalkan shaklee, tetiba anak ke 2 ni, terlebih lama direct bf sampai umur 3thn 3bln.

Anak direct bf ni kan, terasa bonding yg tak dpt bila kita bagi thru botol kan.

Kesihatan anak pun, jauh lebih baik.

Anak ke 2 ni, jarang sgt demam dan dari segi perkembangan minda lebih baik berbanding abgnya.

Selepas dah wean off tu, masih teruskan minum ESP sebab dah hamil anak ke 3

Org makan shaklee ni kan ramai subur2. Hihi. Asbab nutrisi pelengkap kan, pilihan kita semua SHAKLEE kan.

Dapat puasa penuh masa hamil anak ke3, walaupun selalu nya minum ESP+ kurma je

Yang menariknya, tiada Gastrik dah sepanjang menikmati ESP. ☺

Pengalaman hamil anak ke 2 dulu, dapat puasa hampir penuh...sebab beberapa kali gastrik dan baby meragam dalam bulan Ramadhan walaupun sahur nasi. 😔

Seterusnya menyusukan anak ke 3 dan hamil anak ke 4 dan terkini menyusukan anak ke4.

Secara umum nya my Shaklee effect sepanjang 5thn mkn shaklee, terutama ESP.

 😊takde gastrik,

😃 kulit cantik,

😉 takde strechmark sepanjang pregnant anak ke3 dan ke4,  ( makcik urut pun pelik, puji bdn tak mcm org lps bersalin

😌 puasa penuh masa pregnant 6bln (Ogos 2015) dan menyusukan  (Ogos -Sept 2016) anak ke3 (sahur ESP + kurma)

😍anak2 puas menyusu dan lena tidur, jadi ibu pun boleh rehat semasa berpantang.


Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...