Isnin, 13 Ogos 2018

TARIKH PENTING ZULHIJJAH & AMALAN SUNAT

Sebagai Peringatan Bersama
Tempoh akhir untuk memotong kuku dan rambut bagi sesiapa yang ingin melakukan ibadah korban adalah sebelum tenggelamnya matahari pada hari Ahad, *12 Ogos 2018 bersamaan 30 Zulkaedah 1439H*.

_Daripada Ummu Salamah r.a daripada Nabi s.a.w: "Apabila masuk bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin melakukan ibadah korban maka janganlah dia menyentuh (memotong) sedikitpun bahagian dari rambutnya dan kukunya"._ (Sahih An Nasai)

*13 Ogos 2018 = 1 Zulhijjah 1439H (Isnin)*
🍁 Puasa sunat hari Isnin
🍁 Mula puasa sunat di bulan Zulhijjah
🍁 Banyakkan amal kebaikan pada 10 hari pertama termasuk puasa 9 hari di awal Zulhijjah (bagi orang yang tidak wuquf di Arafah)

_“Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).”_ (HR al-Bukhari)

*16 Ogos 2018 = 4 Zulhijjah 1439H (Khamis)*
🍁 Puasa sunat hari Khamis
🍁 Puasa sunat di bulan Zulhijjah

*20 Ogos 2018 = 8 Zulhijjah 1439H (Isnin)*
🍁 Puasa sunat hari Isnin

*21 Ogos 2018 = 9 Zulhijjah 1439H (Selasa)*
🍁 Puasa sunat hari Arafah

_Rasulullah s.a.w. ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”_ (HR Imam Muslim)

*22 Ogos 2018 = 10 Zulhijjah 1439H (Rabu)*
🍁 Hari raya korban

*23, 24, 25 Ogos 2018 = 11, 12, 13 Zulhijjah 1439H (Khamis, Jumaat, Sabtu)*
🍁 Hari tasyriq
🍁 Haram berpuasa
🍁 Hari pelaksanaan korban

*26, 27, 28 Ogos 2018 = 14, 15, 16 Zulhijjah 1439H (Ahad, Isnin, Selasa)*
🍁 Puasa sunat hari putih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...