Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Tanggal 1 April 2018, tercatat sejarah... Kami ke Muzium Alam Shah!
Sekitar 10thn menetap di Shah Alam. Kali pertama jejak kaki ke Muzium Alam Shah. Nama muzium terbalik je dengan nama bandaraya Shah Alam. Pasti ada sejarahnya kan.
Muzium Alam Shah ni merupakan salah satu tarikan pelancong. Yelah pelbagai 'rahsia'tersimpan rapi di dalam nya. Tapi untuk orang tempatan, yang menetap di Shah Alam ni, mesti rasa macam " ala ada apa je kat museum ni kan? " itulah yang kami rasa juga. Hihi.
Sebelum pergi tu, saya google info mengenai museum ni. Sila la click ya.
www.tourismselangor.my/destinations/sultan-alam-shah-museum/
Anas, anak sulung saya sudah lama ajak, sejenis manusia yang menghargai sejarah dan artifak.
Alhamdulillah, dengan kehadiran adik saya jadi nya oklah kita bawa ziarah tempat bersejarah kan.
Masuk je dalam museum, ada pameran botologi, merangkumi sejarah botol dan koleksi botol pelbagai bentuk dan dari zaman dedulu. Biasalah bila jalan dengan kanak-kanak 5orang, lebih kepada melayan karenah diorang. Tak sempat menghayati sangat sejarah yang tertulis di sepanjang pameran. Ada jodoh, kita ziarah lagi nanti.
Macam2 soalan la anak2 bertanya...
Kenapa orang dulu tak pakai baju?
Kenapa manusia berperang?
Kenapa macam2 haiwan di dalam hutan?
Dan... Macam2 soalan lagi.
Manusia hidup hanya sekali, belajarlah melalui sejarah... Moga kehidupan kita lebih baik dari mereka yang terdahulu.
Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pengalaman ini di tulis pada tahun 2017 Alhamdulillah, hari ni keputusan SPM 2016 heboh di newsfeed f...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan