Hari ni 12.12.17 .... banyak sangat syarikat buat jualan murah dan flash sale. ;) bagi peniaga, inilah peluang mendapat sale yang banyak...bagi pembeli, inilah peluang untuk dapat barang dengan harga yang lebih rendah. untung dedua belah lah kan.
Kiriman pesana ini sebagai peringatan buat saya juga kawan2 semua.
Semoga bermanfaat.
๐ฅTUKAR JAWAPAN๐ฅ UBAH MINDSET
1.๐ซAsal : Aku takde duit nak berniaga.
✔Ubah : Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.
2.๐ซAsal : Aku mana ada bakat berniaga.
✔Ubah : Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.
3.๐ซAsal : Keluarga aku mana ada berniaga.
✔Ubah : Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.
4.๐ซAsal : Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.
✔Ubah : Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.
5.๐ซAsal : Aku takut gagal, tak laku dan malu.
✔Ubah : Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.
6.๐ซAsal : Aku takut sombong bila kaya.
✔Ubah : Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.
7.๐ซAsal : Aku banyak hutang.
✔Ubah : Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.
8.๐ซAsal : Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.
✔Ubah : Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.
9.๐ซAsal : Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua, tiga atau empat.
✔Ubah : Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes.
10.๐ซAsal : Bila masa sesuai untuk berniaga?
✔Ubah : Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Syaa ALLAH. Aamiin.
๐ jom berubah