Khamis, 19 Oktober 2017

Sanah Helwa Amni Khadijah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada mula nya nak tulis di fb jer.  Tetiba jadi panjang.  Hihi.  Bila mama berceloteh kan.  Ada je nak citer.



10.30am 20 October 2015

Tetiba mama terkebil,  eh betul ke baby khadijah dah keluar.  Macam tak percaya,  midwife pun terkejut,  laju je baby menyusur keluar.  Doctor yang pecahkan air ketuban pukul 9.45 mcmtu pun datang 'eh dah bersalin puan? '

Tula doctor, saya pun masih terkebil2 ni,  baby dah dalam pelukan.  Lahir2 dalam labour room lagi dah bersin.  Tergelak midwife.  Mama masih bertenaga.. Cuma mata takleh nak buka betul, gara2 nurse offer gas tahan sakit dalam 10min sebelum bersalin.  Serik dah nak guna gas tu...  Di offer masa kita tengah sakit contraction yang macam tak berhenti tu... Angguk dalam rela? Yelah kot.  Tengah sakit kan.  Bareable je lagi sebenarnye.  Dalam 30min selepas bersalin,  mata dah tak terkebil,  cuma masih terkejut... Eh betul ke dah bersalin?  Cik abang pun terkejut sebab baru nak gerak dari ofis.  Tahu2 wife dia dah selamat pun.

Dulu masa anas dan nina,  masa nak bersalin, masa contraction,  serentak gastrik menyerang.  Jadi sepanjang pregnant dan sebelum nak bersalin kan amni,  mama makan kurma + ESP, seboleh2nya nak elakkan gastrik.

Alhamdulillah,  Allah izinkan rasa contraction tu,  tanpa gastrik untuk bersalin kali ke3 ni.


Amni lahir pada usia kandungan 40w+ 8d.  Overdue 8hari.

Puas mama berjalan ke sana sini,  surah maryam & surah yassin,  berapa round. Dan macam2 tips mudahkan bersalin mama cuba amalkan.

Alhamdulillah...  Kita berjaya lalui proses bersalin dengan lancar. Amni push sendiri dengan kuatnya dari dalam... Alhamdulilah.. Allah permudahkan sangat, berkat doa dari semua ahli keluarga dan sahabat.

Alhamdulillah.  Amni lahir pada usia kehamilan 40w + 8d,  lahir dalam keadaan sihat,terus pandai nyusu,   badan tegap, matang sangat... Mata seolah2 dah boleh nampak orang sekeliling.  Memang bezakan baby dah matang dalam perut. Hihi

Hari ni,  anak mama yang ke3 ni dah pun berumur 2tahun dan masih menyusu badan hampir exclusive, yelah dah 24jam dengan mama kan.  Memang la extra treatment berbanding kakak dan abang.  Ok dah lepas ni,  kita wean off ye amni.

10-perkara-anda-mesti-tahu-mengenai PENYUSUAN susu ibu

 Amni pun jenis suka makan,  apa yang orang dewasa makan,  amni makan je...  Dan suka sangat makan sayur hijau🌱 dan tomato 🍅.

Alhamdulillah.  Imuniti amni juga kuat... Alhamdulillah berkat susu ibu dan pemakanan yang sihat.
Set kehamilan dan penyusuan shaklee juga membantu perjalanan ini.

Character amni,  sangat combine kakak dan abang.  Ramah macam kakak,  berani macam abang.  Sopan macam kakak,  tapi lasak juga macam abang.

Jumlah perkataan...  Mungkin sekitar 300 perkataan kot.  Dah boleh berbual lah.  Two way conversation. Alhamdulillah.  Boleh cakap 5-6 perkataan dalam satu ayat.

Tetiba terpanjang pula posting ni ye adik.  Jom jadikan blog posting la.  Guna phone je ni. Nanti adik dah besar,  adik boleh baca.  Mungkin masa tu amni dah jadi kakak kan?

Semoga Amni Khadijah membesar dengan solehah, sihat, cergas, menyayangi dan disayangi,  dirahmati di dunia dan akhirat.

Mama,  Papa,  Kakak,  Abang dan semua ahli keluarga kita.... Sayang amni dunia akhirat.

Mohon doa dari kalian yang membaca.

Terima kasih kerana sudi...  Semoga Allah rahmati kalian jua.

Rabu, 18 Oktober 2017

Kahwinkan Ostematrix untuk tujuan tertentu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Bersempena dengan osteoporosis day,  shaklee anjurkan PROMOSI ostematrix yang jarang3 ada seperti ni...  Buy3disc5%. Jimat RM22!!!


Apa yang bestnya ostematrix ni???  Vitamins favourite  saya tau ni, mula ambil masa nyusukan anak ke2,  sambung je masa hamil anak ke3 then sambung lagi masa nyusu anak ke3 sehingga kini. 

Itu yang dalam blog ni pun banyak saya kongsi pengalaman saya dengan ostenatrix. Boleh click di sini LabeL :Ostematrix.

Dan cadangan dari pakar, master laila...
Set yang boleh dikahwinkan dengan Ostematrix.

Set basic.

 ( nak optimum result kena la makan optimum set kan...tu kita sambung di PM ya)


1. Ostematrix + ESP = IBU menyusu


2. Ostematrix + Bcompleks = orang kerap migraine


3. Ostematrix + Omega = Mak Ayah sakit kaki, sakit lutut.


4. Ostematrix + Gla = Sengugut Masa period, pms


5. Ostematrix + Vitalea = En Suami yang selalu letih.


6. Ostematrix + ESP + Vitalea = Ibu Hamil, elak kejang, sakit Gigi, sakit belakang, beri tenaga, tulang baby Kuat.


7. Ostematrix + Omega + Bcompleks = anxiety, kerap berdebar-debar, selalu stress.


8. Ostematrix + Performance Drink = atlet, cergaskan badan.


9. Ostematrix + Bcompleks = insomnia


10. Ostematrix + herblax = Sembelit, Tak lawas.



Banyak boleh kahwinkan ostematrix Ni.




Sebab Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium. Ada Magnesium Dan Vitamin D sekali. So bukan untuk tulang aje.

Tahukah anda???

OSTEOPOROSIS (SAKIT TULANG RAPUH) MENYERANG DALAM DIAM!
=========

Ramai orang terutamanya WANITA tak ambil kisah tentang kesihatan tulang.

Dan biasanya pesakit cuma sedar mereka menghidap OSTEOPOROSIS semasa terjatuh dan patah tulang!



Tahukah anda?

Badan kita perlukan kalsium sebanyak 1000mg setiap hari.

WANITA pula mengalami kehilangan kalsium yang lebih banyak, terutama ketika MENGANDUNG, MENYUSU DAN MENOPOUS.

Sebab itulah kita digalakkan mengambil makanan yang tinggi KALSIUM & MAGNESIUM setiap hari.

4 biji OSTEMATRIX sehari membekalkan 1000mg KALSIUM harian kita, dengan kos tak sampai rm2 sehari!

Jangan biarkan diri kita jadi mangsa OSTEOPOROSIS seterusnya!

=====

Sempena World Osteoporosis Day, promosi Shaklee selama 3 HARI SAJA (18-21 Oct 2017).
OSTEMATRIX Buy 3 Get 5% Off.

Ok kawan2,  jika rasa macam PeRLu sangat,  hubungi saya ya.  Jika tidak...  Tunggu lah tulang semakin rapuh ya. 

Sehingga berjumpa lagi. 

Salam hormat,
Anisah


http://www.wasap.my/60136216522/OstematrixOffer

#promosiosteamatrix

Sabtu, 14 Oktober 2017

ADAKAH ANDA TERSENARAI DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bestnya tazkirah ini... malu rasanya bila baca.

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Kisah seorang persara (bukan group ini) bermusykil seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"

Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.

- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.

- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.

- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.

 - Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.

- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.

- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada. 

Allah SWT nak mencari tuan dimana?

Cuba tuan beritahu?

Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita. 

PASTIKAN NAMA KITA  SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.

Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.

PENAWAR DALAM ISLAM:

✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿  Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.

 # Peringatan buat diri sendiri juga.

Copy n Paste .....dr sahabat yg selalu mengingatkan sy😔

Wallahu a'lam...

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...