Rabu, 31 Mei 2017

Mengapa Bayi tolak susu ibu semasa dalam pantang?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah. semakin kerap dengar rakan2 yang hampir sebaya dapat anak lagi. buat adik2 yang pertengahan 20an, ramai yang baru menerima cahayamata pertama. Alhamdulillah. tahniah diucapkan. 

Tetapi... hati dan naluri keibuan saya terusik bila rakan baik saya mengadu... 'Dalam pantang lagi terpaksa bagi susu botol pada anak. pam susu ibu pastu letak dalam botol. sebabnya dia taknak minum direct. lama2 susu pun semakin kering. Sekarang baru 2+bulan, susu dah kering. tolong...' 

Ada pula kes yang sanggup dalam erti kata lain terpaksa pam susu selama berbulan2 walaupun beliau seorang surirumah yang menjaga sendiri anak beliau. terpaksa bagi guna botol sebab bayi menolak untuk minum direct. Bila boleh bagi direct ni banyak 'tugas penyusuan' tu dimudahkan, tak perlu nak basuh botol, steril lagi dll. Kata Dr Suriyakhatun, sila la jumpa pakar laktasi untuk konsultansi jika terlibat dengan kes seperti ini. 

Ok jom kita baca perkongsian dari doktor...


Mengapa Bayi tolak susu ibu semasa dalam pantang?



Saya : Anak sudah tidak dapat susu badan ya ?
(Anak berumur 3 bulan)
Ibu pesakit : Ya doktor . Semasa lahir dulu anak saya masuk wad dan saya perah susu badan dan diberikan pada anak dengan botol susu. Lepas keluar wad dia sudah tidak mahu direct feed jadi saya masih kena perah susu untuk berikan, lama kelamaan susu saya kering . 


Ini cerita yang saya dengan terlalu kerap ! 

Kenapa anak tidak mahu hisap dari nipple ibu setelah dapat nipple silikon terlelbih awal ?


Anak yang baru lahir belajar dari pengalaman. 

Nipple silikon mudah hisap, tidak perlu usaha lebih untuk dapatkan susunya . Nipple ibu kena buat kerja lebih keras, Hisap kena kuat baru susu mengalir maka bila bayi dapat pilihan dan sudah diberikan yang lebih mudah dia akan pilih yang lebih mudah. Maka bila diberi nipple ibu dan dia menangis saja ibu berikan semula nipple silikon anak pelajari sesuatu: Anak pelajari bahawa kalau saya menangis saya akan dapat yang lebih mudah hisap !

Saya sendiri mengalami perkara yang sama dengan anak saya yang dilahirkan dihospital pada zaman dimana susu badan tidak dipentingkan. Macam mana saya boleh tekad nak susukan anak juga saya pun tak ingat tetapi selepas lahir nurse terus berikan susu formula. Malahan semasa anak ke empat saya sengaja tidak bawa botol susu dan nurse marah saya. " Dah tu bila dia menangis lapar nak bagi apa ?" Saya jawab bawa kepada saya . Muka marah dia masih saya ingat lagi . 

bayi menangis kelaparan? -ihsan google


Itu dulu. Sekarang ini jika ibu bersalin di hospital mesra susu ibu, anak tidak akan diberi nipple silicon. Jika diberi susu ibu yang telah di perah pun diberikan dengan sudu dan bukan dengan nipple silikon.

Pengalaman saya pula dengan anak saya yang baru lahir yang telah tolak menghisap dari saya adalah saya tidak memberikan dia pilihan lain. Saya terus cuba berkali-kali dan sabar dengan anak yang menangis bengis. Saya ibu, saya yang tahu apa yang baik untuknya. Saya tidak boleh ikut kehendaknya dan lama kelamaan, sebab dia lapar dan tidak ada pilihan, dia hisap juga dari saya.

Kenapa Allah swt jadikan bayi yang hisap susu ibu kena guna tenaga hisap yang kuat?

 Itulah senaman paling awal bayi kita untuk dapatkan otot mulut yang kuat dan untuk bina bentuk muka yang baik . Anak yang hisap susu ibu, otot mukanya sempurna, otot mulutnya sempurna dan pertuturannya lebih jelas dari yang hisap susu botol. Fahamlah bahawa saya bercakap umum dan ada saja pengecualian dari apa yang saya sebut ini .
Terlalu banyak khasiat susu ibu, berusahalah walaupun susah. Ingat bahawa bayi kecil itu ada kehendak dan kemahuannya dan ibunya juga yang lebih tahu apa yang baik untuknya ( ibu yang berilmu..ada juga ibu yang jahil ).

Dipetik dari fb page Dr Suriyakhatun

...

Ada saya kongsikan pengalaman saya berjumpa dengan beberapa orang ibu dengan alasan yang pelbagai. ada saya kongsikan di sini Susu-terbaik-pilihan-ibu-terbaik

Artikel yang berkaitan dengan susu ibu  

Alhamdulillah saya telah bergelar susu ibu sejak tahun 2009 untuk anak yang pertama dan berterusan sehingga ke hari ini. (cuti menyusukan sekejap pada tahun 2015). Banyak keistimewaannya buat si ibu dan anak yang kami sama2 dapat nikmati. Alhamdulillah antaranya ialah BONDING kuat diantara anak&ibu , IMUNITI anak kuat dan si ibu cepat kembali ke saiz asal. Percaya tak saya masih boleh pakai baju semasa saya berumur 14tahun? Alhamdulillah. 

Jadi ibu2, jika ada masalah penyusuan, silalah dapatkan nasihat pakar laktasi atau pun paling kurang dengan rakan2 yang telah menjadi ibu2 berpengalaman menyusukan anak mereka. 

Di akhirkata, jom kita baca terjemaahan ayat Al-Quran tenatang penyusuan susu ibu.


Jom ibu2 semua... buat para ayah, terima kasih atas sokongan anda dalam menjayakan misi penyusuan ini

Ikhlas,

Anisah 
#bfmumSince2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...