Taman Orang Orang Soleh:
MESEJ DISEBALIK USIA
Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
Semakin berusia semakin kabur matanya... Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.
Semakin berusia semakin sensitif....kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.
Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.
Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.
Semakin berusia semakin rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.
Begitu juga hati...semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.
Akhirnya ...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.
Didoakan semoga kita semua;
● Diberkati usia
● Dimurahkan rezeki
● Ditetapkan keimanan
● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
● Kesihatan yang baik
● Berjaya di dunia & akhirat
● Sentiasa mendapat rahmat dariNya
Amiin ya Robbal alamin.
SILA SHARE DAN SEBARKAN
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pengalaman ini di tulis pada tahun 2017 Alhamdulillah, hari ni keputusan SPM 2016 heboh di newsfeed f...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan