Selasa, 17 Januari 2017

Sawan Demam... Buat Ibu Bapa Risau

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan kita semua di berikan kesihatan yang baik dan juga kecergasan dalam menjalani kehidupan harian. 

Agak lama juga saya tak berkongsi mengenai kesihatan anak2 di sini. Perjumpaan yang tidak di sengajakan semalam membuatkan hati ni meronta2...'Anisah... you have to share! so that others can face it, can prevent it better, inshaAllah!' 

Dan izinkan saya berkongsi ya ibu bapa sekalian. 

Semalam, bila pasangan ibu bapa bercerita betapa paniknya mereka ketika anak ke 3 mereka tiba2 di 'serang' sawan tarik, atau di panggil FEBRILE FITS. Mereka merupakan parents kepada kawan Amanina. Bayangkan anak pertama dan kedua tak pernah pun kena sawan demam ni, tiba2 anak ke 3 pula.. the only girl pula tu.

 AllahuAkbar!  ibubapa yang perlu alami nya sahaja mungkin akan faham macamana risaunya tengok anak kita yang biasa aktif, tiba2 kejang macam tu. risau sangat2 kan. 

Allah takdirkan saya terserempak dengan mereka dan mengimbau kenangan lama... sempat juga berkongsi pengalaman dan prevention nya juga. 

Saya kongsikan entry ini --> Anas dan febrile fits <--- yang saya tulis dengan linangan air mata suatu ketika dahulu... tak sangka linangan airmata tu, terkesan juga pada pembaca. betul lah kata mentor saya, bila kita tulis dari hati, ia akan sampai ke hati jua. 

inshaAllah... ianye tinggal kenangan. Sebolehnya tak nak berulang lagi. 

Alhamdulillah, last time anas di kena sawan demam pun awal tahun 2014... kiranya dah 3tahun juga.

Doktor pun kata lazimnya, febrile fits ni berlaku sehingga kanak2 berumur 6 tahun. 

Alhamdulillah, Anas pun dah berumur 7tahun 4bulan sekarang... dah pass 'the critical age'. 

Alhamdulillah, adik-adik anas, Amanina & Amni juga jarang demam dan selsema. 

Alhamdulillah, kesan sampingan yang baik melalui pemakanan yang baik. Untuk tempoh masa yang berterusan, pencegahan masih perlu melalui menguatkan imuniti badan melalui pemakanan yang seimbang juga supplemen tambahan dan persekitaran yang baik. inshaAllah.

Semoga anak2 terus membesar dengan sihat, cergas dan soleh...Aamin. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menjalankan Bisnes Online

   Assalamualaikum dan salam sejahtera,  Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...