Ahad, 27 November 2016

Hadis : Penghulu Istighfar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.




PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penghulu Istighfar

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ إِذَا قَالَ حِينَ يُمْسِي فَمَاتَ دَخَلَ الْجَنَّةَ أَوْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِذَا قَالَ حِينَ يُصْبِحُ فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ مِثْلَهُ

Dari Syaddad bin Aus dari Nabi SAW baginda bersabda: "Sesungguhnya istighfar yang paling baik adalah; jika seorang hamba mengucapkan:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ

(Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui dosaku kepada-Mu dan aku akui nikmat-Mu kepadaku, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain-Mu, dan aku meminta ampun dari segala yang pernah aku perbuat) '.

Jika ia mengucapkan di waktu petang lalu meninggal, maka ia akan masuk syurga. Dan jika ia membacanya di waktu pagi lalu meninggal pada pagi hari, maka ia mendapatkan seperti itu juga (masuk syurga)." (HR Bukhari No: 5848) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim tidak terkecuali dari melakukan kesalahan dan kesilapan

2.  Kita disuruh sentiasa beristighfar agar diampunkan segala dosa

3.  Antara lafaz istighfar yang paling baik (penghulu istighfar):

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ

4.  Mukmin yang mengucapkan lafaz istighfar di atas pada waktu pagi atau petang kemudian ia meninggal dunia, maka ia akan masuk syurga.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

28hb Nov.  2016
28 Safar 1438H


Khamis, 17 November 2016

NUTRISI PENTING UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar anda hari ni? Alhamdulillah. Semoga sihat2 selalu, InshaAllah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. berbekalkan pengalaman dalam Shaklee selama 3tahun ni... dah Nampak pattern bila ramai yang hamil.. hehe..;) ataupun lebih tepat lagi, bila orang merancang untuk hamil. diam tak diam, dah 3tahun juga saya  dan keluarga ni makan Shaklee rupanya. Alhamdulillah. seisi keluarga bertambah sihat dengan izinNya.

Hujung2 tahun macam sekarang ni, ramai yang mendirikan rumah tangga, 'membina mahligai bahagia.

Alhamdulillah. Lagi2 di usia 20an ni, ramai la yang melangkah ke alam baru.

Dan bila dah kahwin, rata2 memang mengharapkan untuk hamil. Dan alhamdulillah, di usia 20an - 30an memang waktu yang sesuai untuk hamil.
 
Alhamdulillah, ahli keluarga saya yang baru mendirikan rumahtangga tahun ni, sekitar pertengahan tahun lalu, Alhamdulillah, sedang hamil sekarang. Alhamdulillah, dengan nutrisi penting yang cukup, ibu dan anak akan sihat. inshaAllah.

Bak kata nenek2..'muda2 ni, beranak la banyak2' hehe. tapi bak kata doktor perubatan jarak kan sikit usia anak.Yelah untuk kesihatan ibu dan bayi juga.

Kita sesuaikan dengan keadaan diri dan keluarga. InshaAllah.

InshaAllah bila badan ibu sihat, bayi di dalam kandungan juga sihat. Macamana nak sihat? Kena lah jaga nutrisi dari makanan dan diet harian, juga corak kehidupan.
 
 

Buat pasangan yang Baru berkahwin atau pun yang nak tambah anak lagi... Boleh lah lengkapkan diri dengan nutrisi tambahan untuk ibu hamil.



NUTRISI IBU HAMIL
---------------------------

Semua tahu kan, bila hamil berbagai-bagai cabaran yang dihadapi oleh seibu. Rasa loya, rasa lemah longlai, mood entah kemana, letih dan lesu. Ada yang kurang selesa - nak makan menda merapu aje (burger, pizza, kepci - baby dapat ke nutrient yang sepatutnya?). atau lalu makan nasi + telur mata aje... mana vitamin lain untuk baby? Ada mommy tak lalu minum susu - kurang kalsium baby.


Saya ingin kongsikan NUTRISI PENTING UNTUK IBU HAMIL yang ada dalam supplements Shaklee   itu ibu-ibu diluar sana. Ia pastinya Selamat dan Berkesan, InsyaAllah. Nutrisi yang lengkap sangat penting untuk memastikan bayi membesar sihat dan ibu juga ceria dan sihat Sejahtera.

APA MANFAAT SETIAP VITAMIN?
===========================
>> ESP - Disediakan dari Soya Non-GMO membekalkan 9 asid amino penting untuk pembinaan dan memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim  tubuh.

>>VITALEA - Diformulakan dengan zat besi, mengandungi 28 vitamin dan minerals lengkap untuk kesihatan menyeluruh dan tumbesaran bayi. Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah.

>> VITAMIN C - Menguatkan sistem Imun badan serta melindungi sel-sel tisu dalam badan dari penyakit. Ia juga penting untuk kesihatan gusi, gigi dan tulang.

>> BCOMPLEKS - Membekalkan 8 jenis Vitamin B termasuk aicd folik mengelakkan kecatatan Tiub Neural bayi.

>> OSTEMATRIX -  Membekalkan 1000mg Kalsium harian untuk tulang dan gigi yang kuat serta mengelakkan komplikasi ibu ketika melahirkan.

>> OMEGA -  DHA dan EPA untuk otak dan mata perkembangan bayi . Juga untuk kesihatan jantung ibu.
 
 
Alhamdulillah. pada yang sudah hamil.. dan selamat mencuba bagi yang sedang berusaha untuk hamil. Jom lengkapkan diri dengan nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu hamil. Semoga ibu dan bayi sihat sejahtera. inshaAllah.
 
Hubungi saya, Anisah Khalid 0136216522 untuk konsultansi percuma dan tempahan..;)
 
terima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan sehingga berjumpa lagi.
 

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...