Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Izinkan saya berkongsi hadis yang di kongsikan oleh IKRAM Johor. Ianya juga sebahagian dari sedekah semampu mungkin. Amar Makruf, Nahi Mungkar juga satu sedekah.
Jom kita bersedekah.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Bersedekah Semampu Mungkin
عَنْ سَعِيدُ بْنُ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَة
Dari Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda: "Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah." Para sahabat bertanya; "Bagaimana jika ia tidak mendapatkannya? ' Baginda bersabda: 'Berusaha dengan tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.' Mereka bertanya; 'Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menolong orang yang sangat memerlukan bantuan.' Mereka bertanya; 'Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf'. Mereka berkata; 'Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.' (HR Bukhari No: 5563)
Pengajaran:
1. Setiap Muslim sewajarnya mampu bersedekah hasil daripada harta, ilmu, tenaga, kepakaran yang dimiliki.
2. Setiap Muslim perlu bekerja, agar ia memperoleh hasil yang dengannya ia mampu mengurus dirinya dan bersedekah untuk orang lain, serta menjauhkannya dari kehinaan meminta-minta.
3. Sedekah menjadi bukti kebenaran iman seseorang. Sebagai muslim wajar bersedekah sesuai dengan potensi dan kemampuan masing-masing, perlu bersegera jangan menunda, bimbang kematian menjemput kita.
4. Jika ia tidak mampu mendapatkan harta untuk bersedekah, ia boleh membantu orang lain yang memerlukan bantuan..antaranya melalui aktiviti I-Bantu, khidmat masyarakat dan lain-lain. Itu juga adalah sedekah.
5. Jika ia tidak mampu membantu keperluan orang lain, menjadi sedekah juga baginya apabila ia menyuruh kepada kebaikan. Berdakwah melalui pelbagai relong – berceramah, edar pamplet, forward 1 hari 1 hadis. Ini juga sedekah!
6. Menahan diri dari perbuatan mungkar – menegur, menasihat, menghalang, menjauhi mungkar - juga menjadi pahala sedekah.
JOM bersifat RAHMAH dengan berusaha semampu mungkin untuk melakukan amal kebaikan. Moga ia menjadi sedekah pahala buat kita.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
26hb Ogos 2016
23 Zulkaedah 1437H
Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tips Menjalankan Bisnes Online
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada entri yang lalu, saya kongsikan peluang bekerja Dari rumah yang turut berkait dengan bisnes on...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pengalaman ini di tulis pada tahun 2017 Alhamdulillah, hari ni keputusan SPM 2016 heboh di newsfeed f...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan