Untuk renungan bersama...
Buat peringatan diri sendiri dan juga sahabat2 tersayang..
Menziarahi seorang teman yang telah tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya lalu menariknya ke mukanya untuk membisikkan sesuatu ketika saya ingin meminta diri untuk balik. Air matanya tergenang. Dalam lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata,"Jika kau tidak nampak aku di syurga, tanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."Dia langsung teresak menangis lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya membisikkan, "InsShaAllah, InShaAllah, aku juga mohon kepada kau jika sebaliknya kau tidak nampak aku disyurga. "Kami menangis bersama, entah berapa lama.
Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya. Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis, "Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku, "Wahai tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah ia bersama kami di syurga. "Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis "Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia. Maka mereka pun bertanya kepada Allah, "Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami... "maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)
Maka pilihlah untuk bersahabat yg boleh membantu bukan setakat dunia tetapi hingga akhirat dgn sifat utamanya berbuat ibadat berjamaah bersolat, berpuasa dan sentiasa berpesan kearah keimanan, berjuang untuk tegakkan agama. Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, selalu berpesan dgn kebenaran. Teman yg dicari kerana urusan perniagaan, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman berkonvoi tayang motor dan kereta hebat, teman fb utk bercerita makan apa hari ni, melancung kesana kemari, teman whatsapp utk bersembang hal dunia akan berpisah pada garis mati dan membawa diri sendiri.Tetapi teman yg bertakwa akan mencari kita disyurga. Semaklah pada diri kita, apakah ada teman yg sebegini pada keliling kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita.
Ayuh bertindak, kurangkan masa dgn teman yg pada garis dunia, carilah teman dan kawan dgn mereka yg akan mencari kita disyurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja utk menjengah syurga Allah, pelbagaikanlah usaha dan harapan, moga satu darinya akan tersangkut ke pintu syurga. Imam Al-Hasan Al-Basri berkata “Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”. Pejam mata, carilah siapa agaknya yg akan mencari kita disyurga, jika tiada, mulakan hari ini mencari teman kesyurga sebagai suatu misi peribadi.
Ambillah iktibar dari kawan saya ini yg berpesan mencarinya di syurga, memang kebiasaan mereka yg kuat iman suka merendah diri, bahkan sepatutnya saya yg berpesan kepadanya untuk mencari saya. Agaknya kepada siapa anda nak berpesan begini?
Wallahu a'lam.
Berkongsi Idea, Pengalaman dan Pandangan mengenai kehidupan , Islam, perkembangan kanak-kanak, supplemen semulajadi, masakan, pemakanan, kehidupan sebagai usahawan, dan banyak lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah
𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ini ada rakan kongsikan kisah saidatina Khadijah yang wajar sangat kita semua ambil tahu. ...
-
Assalamualaikum dan Selamat Menemani dan menghadapi peperiksaan, InshaAllah bermula hari ini, adik bongsu saya dan calon UPSR seluruh neg...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pengalaman ini di tulis pada tahun 2017 Alhamdulillah, hari ni keputusan SPM 2016 heboh di newsfeed f...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan