Jumaat, 21 Mac 2014

Kepentingan PROTEIN Dalam Diet Harian


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mohon maaf agak lama tak update blog. Ada urusan keluarga yang perlu didahulukan. Agak terharu bila ada yang tegur..'Lama tak update ye?'.. ops, siapa sangka ada blog ni dah ada follower... terima kasih kerana sudi membaca di sini.. (termasuk la anda yang sedang membaca sekarang)

Ok hari ni, saya nak share pasal protein.. agak2 kenapa kita makan protein dan apa pentingnya protein ye?

Bila sebut pasal makanan... selalu orang pentingkan NASI/ ROTI (karbohidrat).. tetapi sebenarnya, semua dalam piramid makanan amat diperlukan untuk tubuh badan kita dengan portion sepatutnya.






Makanan yang membekalkan protein untuk tubuh..ikan, daging,ayam dan kacang2.


TANDA-TANDA kekurangan nutrisi dalam badan...


Secara umumnya KEKURANGAN PROTEIN akan menyebabkan salah satu atau lebih dari kesan berikut:

1. Anemia (kurang darah atau KURANG oksigen dalam darah).
2. Kidney disease (PENYAKIT buah pinggang)
3. Liver (PENYAKIT hati)
4. High Cholesterol (kolesterol TINGGI)
5. Low blood pressure (tekanan darah RENDAH)


6. Low blood sugar (kandungan gula darah RENDAH)
7. Nerve instability (Fungsi saraf TAK stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka LAMBAT sembuh)


10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang TIDAK lancar)
11. Poor vision (Penglihatan KURANG baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (LEMAH)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan).


Kepentingan Protein untuk Badan

PERTUMBUHAN
  • Tahukah anda, 16% daripada tubuh badan manusia terdiri daripada protein? Kulit, rambut, organ dan otot-otot badan semuanya adalah protein.
  • Seperti manusia sendiri, sel-sel tubuh juga ada jangka hayat. Sampai satu ketika, sel-sel tubuh akan mati. Sel yang tidak menerima nutrisi secukupnya akan lebih cepat mati. Sel yang mati perlu diganti dengan sel baru untuk memastikan badan manusia terus berfungsi.
  • Sekiranya protein tidak diterima secukupnya oleh badan, banyak fungsi yang akan terjejas. Sebagai perumpamaan, fungsi protein dalam badan seperti bata dalam pembinaan bangunan. Sekiranya bata tidak mencukupi, mana mungkin kita dapat membina bangunan yang kuat dan kukuh.
  • Begitu juga dengan protein. Tak mungkin kita miliki badan yang sihat dan cergas jika kita tak menerima protein yang secukupnya setiap hari.
METABOLISME
  • Metabolisme ialah proses kimia yang berlaku dalam tubuh badan untuk meneruskan kehidupan. Dalam proses ini, makanan yang dicerna diuraikan kepada TENAGA untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan BAIKKadar METABOLISME YANG TINGGI bermaksud tubuh lebih mudah menghasilkan tenaga daripada makanan.
  • Tubuh yang tidak menerima protein yang mencukupi akan menyebabkan saki-baki protein yang masih ada dalam badan terus merosot disebabkan metabolisme. Lama kelamaan, bekalan protein dalam badan akan habis. Tanpa protein, sel-sel badan yang mati tak dapat digantikan. Maka badan akan mudah rasa letih, lesu dan akhirnya mengalami penurunan berat badan.
  • Awas! Penurunan berat badan akibat kekurangan protein bukan perkara baik. Badan akan menjadi lembik dan otot-otot merosot menyebabkan lemah badan, tak berdaya mengangkat beban berat. Kadar metabolisme juga akan menurun menyebabkan badan semakin lambat menguraikan makanan kepada tenaga. Itulah punca kelesuan.
  • Pengambilan protein yang mencukupi boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Sebabnya, badan kita menggunakan lebih banyak tenaga untuk menguraikan protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.
  • Dalam arena bina badan yang mana karbohidrat adalah komponen wajib dalam diet harian, ramai atlit yang mengamalkan high protein diet, iaitu merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat dan menggantikan dengan makanan berprotein tinggi. Tujuannya adalah untuk mengurangkan arasbody fat dalam badan sebaliknya menggalakkan pembinaan otot-otot. 
  • Makanan protein tinggi ini diambil bersama-sama sayuran yang bersifat alkali kerana protein bersifat asid.

Menstabilkan aras gula dan insulin
  • Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu.
  • Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin.
  • Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.


Berapa banyak protein yang diperlukan oleh badan?

Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1 gram per kg berat badan (jika berat anda ialah 60 kg, maka anda perlu makan sekurang-kurangnya 60 gram sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3 gram per kg berat badan.


Protein tambahan harian kami --- Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP) Shaklee


ENERGIZING SOY PROTEIN - VANILA

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan Membantu mengekalkan kepejalan otot Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal. Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal.



Bila sebut soya... ada yang bertanya.. boleh ke ibu hamil minum soya? boleh ke minum dalam kuantiti yang berpanjangan dan banyak? 

Maximum pengambilan harian minuman ESP yang di sarankan ialah 3 sudu makan... jadi jangan la ambil lebih2 sangat pula kan... dan kalau ikutkan semua jenis makanan kena ambil dalam kuantiti yang berpatutan. Even minum air kosong banyak sangat2 pun, boleh menjejaskan kesihatan. 

Khasiat ESP yang semakin ramai merasai kesannya.


Siapa perlukan ESP? Semua orang yang nak bertenaga, yang nak cantik, yang nak diet, yang mengalami gastrik, ibu hamil &menyusu , pelajar dan sesiapa sahaja.


Jom baca sikit apa kata Doktor tentang pengambilan ESP - Minuman non-gmo soy protein.

Apa kata Doktor?

Soalan oleh Jumies on 05/03/2013 : Assalamualaikum doktor. Saya mengamalkan pengambilan susu soya + ESP (energizing soy protein) setiap pagi. adakah ianya selamat (tidak akan memberikan kesan negatif) dalam jangka masa panjang? terima kasih.

drzubaidi on 05/03/2013: Wa alaikum mus salam. Saya berpendapat pengamalan soya dalam bentuk makanan atau minuman tidak memberikan kesan kemudaratan. Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudaratan mengamalkan soya. Banyak penulisan di internet hanya bedasarkan teori-teori yang disahkan.

Soya sebenarnya adalah tumbuhan yang biasa di tanam di negara-negara Asia Tenggara semenjak dari dulu lagi. Ia telah menjadi makanan asas bagi penduduk di situ. Semasa Dinasti Chou di (1134-246 B.C.), teknik penapaian (fermentation) telah diperkenalkan bagi membolehkan soya dapat dimakan dengan pelbagai bentuk seperti tempeh, miso, dan kicap soya. Tofu pula diperkenalkan pada kurun ke 2 dan banyak dinikmati kini di seluruh dunia.

Soya kemudiannya diperkenalkan di Eropah pada tahun 1700an dan mula bertapak di Amerika Syarikat pada tahun 1800an. Hari ini negara itu menjalankan penanaman soya secara besar-besaran selepas Perang Dunia ke II. Negeri Midwestern di Amerika Syarikat merupakan pengeluar soya bagi memenuhi separuh permintaan dunia.

Soya mengandungi protein, isoflavones, dan serat (fiber), yang dipercayai memberikan manfaat kepada kesihatan. Soya adalah pembekal protein yang baik dalam pemakanan kita kerana mengandungi banyak asid amino yang diperlukan.

Soya juga pembekal lecithin dan isoflavones. Kedua-dua bahan ini memberikan manfaat besar kepada kesihatan. Isoflavones mempunyai kesan sebagai perangsang hormone yang menyerupai kesan estrogen dan disebut sebagai “phytoestrogens.”

Banyak kajian yang ringkas dilakukan mengenai soya dan disahkan memberikan manfaat kepada penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular, mengurangkan masalah berkaitan dengan menopause, mengurangkan berat badan, kesakitan pada sendi, meningkatkan fungsi otak dan meningkatkan keupayaan dalam riadah dan sukan.

Soya juga dikatakan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara di kalangan wanita dan risiko kanser prostate di kalangan lelaki. Walau bagaimana pun kajian yang lebih mendalam mengenai manfaat-manfaat ini belum lagi meluas dan perlu dipertingkatkan.

Wallahu a’lam.

dipetik dari : http://drzubaidi.com/blog/?p=180

Gabungan ESP dan vitamin lain... untuk tujuan tersendiri...



Feel free to LIKE and SHARE

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...