Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Alhamdulillah... tahniah dan syukur, ramai di kalangan kawan-kawan kita yang berkahwin pada tahun lepas, kini sedang menunggu kelahiran cahayamata pertama mereka.. ada juga yang sudah kahwin beberapa tahun dan kini menambah anak yang ke 2, ke 3, ke 4...
Tetapi sayang, ada juga yang dah kahwin 3-5 tahun, tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata...banyak faktor juga memainkan peranan (termasuk rezeki yang Allah tentukan) dalam mendapatkan cahayamata ni, kekurangan zat besi dalam tubuh adalah salah satu dari faktornya.
Bagi ibu-ibu hamil, yang mengikuti regular medical checkup di klinik kerajaan, sudah biasa dengan istilah 'buku merah' dan 'tulisan merah' jika terdapat kekurangan/risiko semasa checkup tu.
Masa pregnantkan Amanina dulu, saya selalu la dapat tulisan merah untuk paras hb.. asal bacaan bawah 11 jer.. dah dpt merah..Doktor dan nurse terangkan penting makan pil iron ni, nnt takut baby tak cukup bulan, maknya pun blh sakit... huhu...
Doktor bagi pill iron.. ish22.. tak sedap sgt.. rasa mcm karat, bila bacaan bawah 10 (rasanya) kena makan 4biji satu hari.. masa tu, rasa sangat bercinta nak telan.. orang kata, makan la hati & kerang.. saya tak suka makan hati, dan masa tu.. saya tak boleh makan kerang.. nak tak nak, telan je la pil iron tu... tu la.. masa tu belum kenal shaklee lagi, dah takde pilihan la kononnya.
Jom baca sikit... BAHAYA KAH... kurangnya Zat besi dalam tubuh kita???
RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.
Mereka
mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat
perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga
wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu
anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi
secukupnya.
Memandangkan
seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi,
keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.
Pakar
Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran,
berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah
merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada
ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.
Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa
mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat.
Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang
tempoh menyusukan anak.
“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl)
wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia
kekurangan zat besi,” katanya.
“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi
secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu,
menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga
selepas melahirkan anak,” katanya.
Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin
ialah:
·
Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
·
Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
·
Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
· Ibu yang menyusukan
bayinya
Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia?
Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah
- pucat
- letih
- lesu
- sesak nafas
- jantung berdegup laju.
Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan
komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz
bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal
dunia.
Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala
yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga
8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah
anemia tahap teruk.
Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan
wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan
bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.
Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang
akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit
perubahan gaya hidup dan pemakanan.
Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan
menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya
zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh,
buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan
tauhu.
“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat
anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting
untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi,
membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan
sampingan seperti sembelit.
“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat
besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.
Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui
meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat
besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.
Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi
dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama
enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.
Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu
dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.
“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian
darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu
selepas melahirkan anak. “Mereka boleh mengekalkan kecergasan
masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan
dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.
“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat
simptom kekurangan zat besi,” katanya.
Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.
Artikel ini di petik dari http://www.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/
InshaAllah untuk next pregnancy, saya dah tak perlu ambil pil iron yang sangat tak sedap tuh,
Sebab sekarang pun saya dah makan vitalea, vitamin C, bcompleks dan ESP... cadangan vitamins untuk kesihatan yang optimum. Memang terasa la ke'iron'an nya... sikit2 mcm IRONMAN tu.. hehe.. alhamdulillah.
Vitalea dah ada iron + 28 vitamins lain... ;) tambah dengan vitamin C untuk membantu penyerapan iron di samping meningkat imunisasi badan dan bcompleks membantu menukarkan makanan kepada tenaga...
Di antara testimoni pengguna Shaklee..
InshaAllah untuk next pregnancy, saya dah tak perlu ambil pil iron yang sangat tak sedap tuh,
Sebab sekarang pun saya dah makan vitalea, vitamin C, bcompleks dan ESP... cadangan vitamins untuk kesihatan yang optimum. Memang terasa la ke'iron'an nya... sikit2 mcm IRONMAN tu.. hehe.. alhamdulillah.
Vitalea dah ada iron + 28 vitamins lain... ;) tambah dengan vitamin C untuk membantu penyerapan iron di samping meningkat imunisasi badan dan bcompleks membantu menukarkan makanan kepada tenaga...
Di antara testimoni pengguna Shaklee..
bacaan hb meningkat |
Rakan-rakan yang hamil sekalian, mahupun yang mahu hamil dan yang telah bersalin...
Bantu diri sendiri, untuk dapatkan supplement untuk diri dan anak yang lebih sihat dan cergas, inshaAllah.
Nak tahu apa yang ada dalam set hamil, menyusu, pantang..
sila click : Set Hamil, Set Penyusuan, Set Pantang
Perkembangan bayi minggu ke minggu :
Terima kasih kerana meluangkan masa...
Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.
Sila 'COMMENT' untuk sebarang tambahan/ penambahbaikan.. terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan