Khamis, 28 November 2013

Herblax.. detox pilihan ramai.

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin petanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. 

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) 



Pentingnya detox... 

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Apakah yang berlaku apabila sistem pencernaan terganggu?


Sistem pencernaan sangat penting demi menyahkan toksin dari tubuh badan. Jika ia tidak dapat berlaku dengan baik maka ia akan mengundang penyakit seperti
  • masalah kulit
  • gangguan pada buah pinggang
  • mulut dan nafas berbau
  • sesak dada
  • angin ahmar
  • wajah nampak tua
  • kembung perut dan 
  • daya imun yang lemah.

Shaklee menawarkan herblax bagi tujuan detox, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan. 


Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:
  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flower
  • buckhorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu makan Herb Lax ? 
  • Mereka yang dalam proses pembuangan lemak
  • Mereka yang ada masalah pencernaan
  • Mereka yang menyusu anak.
  • Mereka yang ingin menjaga kesihatan usus terutamanya.


[TESTIMONIAL HERB LAX] 
"Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam...
Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan".
(Credit to : mamacergas.com, muazzmarketing.blogspot.com)



Herblax termasuk di dalam slimming set di mana ia berfungsi sebagai detox, dan membuang lemak..lecithin pulak berfungsi sebagai membakar lemak, manakala ESP atau/dan Cinch membina otot. 

Bagi mendapatkan kesan yang optimum, berikut adalah cadangan set slimming yang kian di minati ramai.. 


Testimoni slimming set;



Moga bermanfaat pada yang sedang mencari...

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

BEST Price Offer
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!



Selasa, 26 November 2013

Susu terbaik.. pilihan ibu terbaik!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Apa khabar anda semua? Apa khabar ibu-ibu dan bakal ibu semua? 

Alhamdulillah, semakin ramai di kalangan rakan-rakan saya telah menyertai kelab ibu2.. ;) Alhamdulillah, satu anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita semua. 

Alhamdulillah, kali ni saya nak kongsikan DILEMA yang famous sangat! 

Nak Bagi susu apa ye pada bayi nanti?

Jika di beri pilihan... anda pilih susu ibu atau susu formula?

Alasan seperti kes2 di bawah biasa diberikan oleh mereka yang memilih susu formula... 

Pernah tak ada kawan memberi kata2 sebegini?

Kes 1 - 'ala tak dapatla nak bagi susu badan... susu kering'

Kes 2 - 'tak nak la bagi susu badan, nnt badan tak cantik' 

Kes 3 - ' susah la bagi susu badan, nnt dekat dpn org.. kena selak2 baju.. malulah... susahlah'

Kes 4 - 'baby tak kenyang la minum susu bdn... asyik nak menyusu jer'  


Kes 1 :Kenapa susu kering? 

sebab supply n demand tu kurang... belum apa2 lagi .. baby baru umur sehari dua.. belum pandai hisap betul2 lagi.. dh di sumbat nye susu formula. 

Saya saksikan sendiri masa di hospital selepas bersalin kan amanina dulu.. skrg ni, hospital kerajaan kan mengamalkan hospital rakan bayi, kiranye NO bottle is allowed! tapi akak ni, punyala nakal.. dia bagi juga susu botol nyorok2 kat anak dia... pastu duk citer.. 'akak terpaksa, sbb susu kering je' .. aduhai kak.. tak pasal saya tolong nasihatkan dia.. ' akak kenalah bagi anak minum direct, mmg la awal2 ni susu belum lancar sgt keluar, sbb baby blm pandai.. nanti dia dah pandai.. susu pun ok, inshaAllah.' akak tu kata 'ok2, akak cuba' .. alhamdulillah hari ke2 saya di sebelah katil beliau... baby beliau dah pandai.. 



Ada lagi satu kes ni, mak kepada adik ni tak bagi minum air.. bila dia nak minum air kosong.. 'ehhh dah2 nnt dulu, tadi pg kau dah minum air milo kan?... nnt tghari/ptg kang baru minum lg.. nanti kembung la'.

aduhai  mcmana susu nak ada, kalau sehari setakat 1-2 cawan air je. ada lagi mereka yang mcmani rupanye.. masa KURSUS PENYUSUAN di klinik dulu, ada misi cerita.. saya terlintas dalam hati..'ala tu dulu2, skrg ni org dh moden..' 

kesian kat mak bayi & bayi... kekurangan air... dah la lauk2 pun tak boleh berkuah... buah-buahan pun di sekat2.. aduhai tp inilah realitinya kan.. 

pesan nurse - 'kalau ada mak2 yang macam ni.. janganlah puan minum depan dia.. minum dalam bilik.. spare kan air. sebolehnya.. minum 3 liter air sehari. baru la cukup untuk badan puan dan bayi. Saya bukan ajar menipu... cuma ajar jaga kesihatan'. 


Kes 2 : Badan tak cantik? 

Bila kita bagi susu badan kat anak, secara tak langsung maknye pun dapat jadi slim.. kenapa ye?


  • Ibu memerlukan tenaga yang banyak bagi menghasilkan susu untuk menyusui bayi mereka. Lemak yang banyak terkumpul dalam tubuh ibu semasa hamil akan dibakar untuk menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam penghasilan susu. Oleh itu, ibu yang menyusui bayi mereka terutamanya secara eksklusif selama 6 bulan pertama berjaya mengurangkan berat tubuh dengan lebih cepat berbanding ibu yang tidak menyusui bayi mereka. Keadaan ini penting kerana ia dapat mengurangkan risiko untuk ibu mengalami masalah obesiti selepas bersalin. Sumber : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu
  • Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari! - sumber: Majalah PAMA
Sebenarnya, tak susah pun nak slim semula selepas bersalin, bagi susu badan kat anak ... lemak terbakar! wow,, best nye.  


Kes 3 : Susahnya.. bagi susu badan!

Ini satu kes yang biasa kan? pada pendapat saya la, lagi senang bagi susu badan.. tak perlu bawa botol susu, bekas susu, air panas, air kosong... 'botol + susu' dah sedia ada Allah kurniakan.. kenapa la nak susahkan diri kan.. pastu.. siapa suruh bagi susu kat tgh2 org.. kita boleh cari kawasan yang sesuai. skrg ni, byk dah shopping complex dah sediakan tempat menyusu. baju untuk penyusuan pun dah banyak.. apa lagi alasan kita?

ini kaedah yang disarankan...



Kes 4 : Baby tak kenyang la..

Susu ibu cepat dihadam dan di proses...itu yang baby cepat lapar. bukan bermakna susu tak cukup.. cuba bayangkan .. besar mana jela perut baby utk nak simpan susu banyak2 kan... kalau baby menyusu sejam sekali/ 2 jam sekali masa dalam pantang... tu perkara biasa. sbb tgh nak adjust dgn perut.. 

inshaAllah.. mengikut pengalaman saya, jika baby semakin besar... makin lama.. baby dh pandai hisap.. menyusu 2 jam sekali.. n sekali menyusu dalam 5 min. alhamdulillah baby kenyang... pastu blh main/tido ngan amannye... tido malam pun, inshaAllah.. blh tido dgn amannya. 

Cuma nya.. kena la mak nye jaga pemakanan yg seimbang... supplemen juga penting.. untuk tingkatkan nutrien dalam susu.. + khasiat utk mak juga. takde la lembik jadi mak.. semua khasiat anak sedut.. hehe..(saya pernah dgr org komen cmtu)

Cuba tengok perbandingan susu formula dan susu ibu, walau macamana saintis/pengeluar susu cuba untuk tingkat nutrients dalam susu formula.. nilai nya tak kan dapat sama dengan susu ibu. Susu ibu adalah susu yang terbaik!



.................................................................................................................................................................

Kes Saya: 


Alhamdulillah telah diberi kesempatan untuk menyusukan kedua-dua anak sehingga mereka berusia 2+tahun... saya mengamalkan pengambilan susu anmum/mamil , madu, oat, habatusawda, omega, ..  masa tu belum kenal shaklee.. hehe. 

Alhamdulillah.. seronok sgt perasaan bila anak dpt kenyang... burpp.. slps menyusu badan sahaja sehingga mereka berumur 4 bulan.. slps tu kena campur FM sebab masa tu kurang kepakaran pam2 susu ni.. InshaAllah untuk anak yang seterusnya akan di usahakan untuk SAY NO to FM sehingga umur 2thn. InshaAllah dengan supplemen yang bersesuaian susu badan dapat di hasilkan dengan banyak dan mama juga kekal bertenaga. 

Sekarang ni, anak dah umur 2+tahun.. tapi since ambil alfafa, ESP ni.. wah susu meriah semula.. tetiba anak dh tak nak minum formula bila mama ada dgn die.. sbb susu badan kan lagi sedap! hehe. Alhamdulillah.. takpe sayang, selagi ada susu, teruskan ye.. mama suka je.. sbb dapat maintain badan juga. 

lagipun.. arahan penyusuan susu ibu ini... Allah dah arahkan pun...

Artikel di bawah di petik dari blog Dr Zubaidi... moga bermanfaat. 

BERILAH SUSU IBU SEHINGGA BERUMUR DUA TAHUN 

Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Banyak bukti saintifik membuktikan kelebihannya berbandingan dengan susu formula, sama ada yang berasakan susu lembu atau soya. 

Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik. Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Bakarah : ayat 233)

Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah susu yang lengkap nutrisi untuk kebaikan bayi, tidak dapat ditandingi oleh susu formula sama ada susu berasaskan susu lembu atau soya. 

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik bagi bayi berumur satu tahun ke bawah, diikuti dengan susu formula berasakan susu lembu dan diikuti oleh susu soya.

Academi Pediatrik Amerika juga manasihatkan agar bayi diberikan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga berumur enam bulan, dan diberikan susu ibu bersama dengan makanan pejal yang lembut secara berperingkat-peringkat sehingga berumur setahun. 

Adalah lebih baik jika bayi dapat disusukan sehingga berumur 2 tahun. Sayangnya ramai ibubapa yang masih memilih susu formula kerana pelbagai alasan. 

Kajian di Amerika pada tahun 2008, mendapati seramai dua pertiga dari bayi di Amerika diberikan susu ibu sehingga berumur enam bulan, kemudian seramai tiga perempat dari mereka menukarkan kepada susu formula setelah mencapai umur enam bulan. 

Sementara satu perlima dari bayi di Amerika diberikan susu formula yang berasakan soya.

Oleh kerana susu formula tidak dapat menyamaikan kebaikan nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu, hampir semua pengeluar susu formula berlumba-lumba menghasilkan susu formula yang dikatakan lebih bermanfaat untuk menandingi susu ibu. 

Sebagai contoh pengeluar susu formula menambahkan lemak asid (fatty acids) docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) untuk menyamai kandungan nutrisi susu ibu bagi meningkatkan perkembangan minda bayi. 

Tetapi kebanyakan pengkaji mendapati bahawa penambahan DHA dan AA dalam susu formula tidak memberikan kesan yang baik untuk perkembangan minda berbanding dengan susu ibu.

Dr. Ahmad Qawasmi telah menggabungkan 12 kajian yang diperolehi dari Yale University, Connecticut Amerika Syarikat dan Al-Quds University di Jerusalem, Palestine untuk membandingkan bayi yang disusukan dengan susu formula tanpa penambahan asid lemak dengan bayi yang disusukan dengan susu formula dengan penambahan asid lemak. Kajian ini melibat seramai 1800 bayi dan dilakukan sepanjang tahun 1998-2005.

Dalam kajian ini bayi-bayi ini mula disusukan dengan susu formula semenjak umur satu bulan dan penilaian dilakukan apabila mereka mencapai umur setahun untuk menguji perkembangan bahasa, minda dan kemahiran motor.

Mereka mendapati susu formula berasaskan soya dan susu lembu ditambahkan dengan DHA dan AA, tidak dapat menandingi kebaikan susu ibu. Dalam kajian itu menunjukkan tiada perbezaan antara perkembangan minda seperti bahasa dan kebolehan berfikir. 

Ini tidak bermakna bahawa asid lemak yang dibekalkan tidak mempunyai faedah, tetapi faedah yang diperolehi tidak menyamai bayi yang diberikan susu ibu. Lemak asid yang ditambah mungkin memberikan kebaikan kepada perkembangan penglihatan (mata) dan daya tahan melawan penyakit.

Susu ibu lebih baik dari susu formula ini kerana:

1. Susu ibu mempunyai kesan yang sangat baik pada perkembangan mental jika diukur mengikut ‘Index Perkembangan Mental’ pada umur enam dan dua belas bulan.

2. Susu ibu mempunyai skor yang tinggi pada ujian kemahiran pergerakan (psychomotor) pada umur enam bulan berbanding dengan susu formula.

3.Bayi yang disusukan ibu mempunyai skor penguasaan bahasa yang lebih tinggi pada umur tiga dan enam bulan.
Oleh itu susu ibu haruslah dianggap sebagai susu yang terbaik, walaupun pengeluar susu formula berusaha untuk menandinginya dengan menambah pelbagai nutrisi yang lain.
.................................................................................................................................................................

Supplemen penyusuan yang dicadangkan...



dan set lengkap 


Sila click untuk maklumat lanjut : set-hamil-set-pantang-dan-set-penyusuan.html

Terima kasih kerana meluangkan masa... sehingga berjumpa lagi! 

Please LIKE this post and SHARE if you like this post via below social media links.
Thank you for reading.

Rabu, 20 November 2013

Harapan untuk pesakit kanser...

Kanser semakin menular di kalangan masyarakat Malaysia dan Dunia pada abad ke 21 ni. 


sumber : http://www.farmashealth.com.my/kanser.html


Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S Subramaniam, 12 % kematian di hospital kerajaan setiap tahun akibat KANSER. Kanser merupakan lima punca utama kematian di Malaysia. 

Kerajaan telah membelanjakan RM100 juta untuk membeli ubat-ubatan bagi merawat pesakit kanser di hospital kerajaan dan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pusat rawatan terbaik untuk merawati penyakit itu, namun kesedaran orang ramai lebih penting bagi mencegah atau mengesan penyakit itu lebih awal.


"Kita ada sistem perkhidmatan dan kemudahan di hospital kerajaan atau swasta. Kita harap rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang tinggi dan pastikan menjalani pemeriksaan saringan bagi mengesan penyakit ini di peringkat awal," katanya.

Kanser payu dara, paru-paru, kolorektal, hidung, limfoma, serviks dan prostat terus menjadi kebimbangan utama dikalangan rakyat negara kita.
Hakikatnya kanser merupakan penyakit yang boleh membawa maut, namun ia masih boleh dicegah dan sesetengahnya mampu disembuhkan melalui rawatan-rawatan yang khusus.
Kanser sebenarnya satu jenis penyakit yang boleh dicegah dan dielak melalui perubahan gaya hidup.
Kanser, penyakit kencing manis dan penyakit jantung bukan lagi penyakit yang melibatkan golongan kaya sahaja kerana hari ini penyakit tersebut turut menjangkiti orang ramai yang terdiri daripada penduduk miskin melebihi daripada jangkitan penyakit lain.
Menurut pendapat doktor pakar, sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus kanser boleh dicegah dan satu pertiga kanser boleh dirawat melalui pendedahan awal tentang penyakit dan juga rawatan.
Risiko untuk mendapat kanser sebenarnya boleh dielakkan dengan berhenti daripada tabiat merokok, mengurangkan jumlah pengambilan alkohol, mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari yang terlampau, makan makanan yang sihat dan mengekalkan berat badan dan melindungi daripada jangkitan yang menyebabkan kanser.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini berkata seramai 40,000 individu mendapat kanser dikesan pada setiap tahun dan ia merupakan jumlah yang besar berbanding hospital di Malaysia yang mempunyai pusat rawatan kanser yang lengkap dengan radioterapi.


Oleh itu, beliau menasihatkan individu yang mempunyai keturunan menghidap kanser supaya membuat saringan awal.

"Masalah kesedaran rakyat untuk tampil adalah sedikit. Di Malaysia kita hanya mempunyai beberapa pusat rawatan kanser lengkap dengan radioterapi iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.




Vivix mengandungi resveratrol yang memainkan peranan dalam memanjangkan usia dengan melawan penuaan dan juga melawan sel kanser pada tahap sel  dan terbukti melalui kajian saintifik yang telah di jalankan. 

Apa itu resveratrol ? 

Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.








Berikut adalah bukti kajian ke atas Resveratrol.










Sebelum ini saya ada menceritakan mengenai( sila click) vivix dan juga diebates di Malaysia -  Diabetes- Punca, symptoms dan supplemen


Jemput la baca di sini - Testimoni penyakit kritikal

Since bulan November ni, promosi vivix... jangan lepaskan peluang keemasan ni.. bukan selalu tonik ajaib ni sales macam ni.... hanya 1 sudu sehari untuk 45hari... anda pasti merasai perbezaannya. 

Bertindak hari ini, sayangi mereka yang kita sayang yang sedang melawan sakit2 sebegini.

Kita berusaha, berdoa dan tawakal.... Tiada penyakit yang tiada ubat kecuali MATI.



Bahasa SUAMI vs Bahasa ISTERI



Tertarik untuk share artikel di bawah... 

Rasanya perkara sebegini memang sedang/akan/telah di alami oleh setiap orang dari kita. 

Hehe.. belajar camne nak handle... kadang kita yang isteri ni malu untuk berterus terang... suka berkias.. yang suami pulak.. pening.. 'apa la si isteri ni nak kan' ..



Artikel ini saya petik dari Isteriku PERMAISURIKU Suamiku SYURGAKU



PEREMPUAN BAHASA TERBALIK | LELAKI DENGAR MACAM PELIK 


Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.

1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.

2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.

3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.





Kepada Suami



1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.

2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.

3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.

4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya


Kepada isteri

1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.

2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

Renung dan fikir kembali situasi ini dalam kehidupan rumahtangga kita seharian. InsyaAllah,yang mana kurang boleh diperbaiki. Fahami pasangan dan hargai mereka. Jika anda mengharapkan kesempurnaan, anda akan jumpa banyak kelemahan pada dirinya. Tetapi jika anda merima kekurangan seadanya, ada sedang membina kesempurnaan di mata pasangan anda.


Nak selit sikit image di bawah ni... ada juga yang kita memang saling bantu membantu.. nama pun bila jadi suami isteri ni pelengkap di antara satu sama lain.



Di akhir kata, jom amalkan doa kebahagian rumah tangga... moga kita semua dalam keberkatan dan kebahagiaan dunia akhirat


WallahuAlam. 


Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...