Ahad, 28 Julai 2013

Pergerakan bayi mengikut minggu ke minggu...



Alhamdulillah... telah di beri peluang untuk mengandung sebanyak 2 kali... MashaAllah...satu pengalaman yang seronok! Jika di tanya "Nak mengandung lagi?"... jawapannya tentu "NAK"... inshaAllah jika di izinkan Allah..

InshaAllah dgn izinNya, semua ibu akan merasai pergerakan bayi seperti dibawah.... dan semua pasangan suami isteri di luar sana juga akan di kurniakan anak ... 

Ya Allah, kau kurniakanlah rezeki anak kepada semua pasangan suami isteri yang mampu membimbing anak2 menjadi KhalifahMu...Semoga bertambah Ummat Nabi Muhammad dan Khalifah Allah di muka bumi ini...

SubahanaAllah antara detik2 yg saya rindui... 


Bagaimanakah ibu merasai pergerakan bayi  dari minggu ke minggu?

Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

~ Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

~ Dari minggu ke-24 hingga ke-28


Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

~ Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

~ Pada minggu ke-32

Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.

~ Mulai kira-kira minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.

~ Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesarannya juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang...


Sedang mencari supplement yang bersesuaian utk anak dan ibu? 

Dapatkan set di bawah dengan harga ISTIMEWA... 


Maklumat Lanjut tentang Set Hamil, Pantang dan Menyusu

SET KESUBURAN SHAKLEE


SET KESUBURAN SHAKLEE 

SET ASAS MENGANDUNGI

[✔] Vitamin E
➽ Kaya dengan Anti Oksida yang menghapuskan RADIKAL BEBAS yang merosakkan sperma dan telur

[✔] Zinc Complex
➽ Meningkatkan penghasilan sperma yang BERKUALITI & GAGAH PERKASA; boleh berenang jauh & tahan lasak.

[✔] GLA Complex
MenSTABILlkan hormon wanita sekaligus memudahkan persenyawaaan sperma dgn ovum.



Kita berusaha, Allah sebaik penentu. 

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Anisah Khalid
Shaklee ID : 963691
Call / SMS 0136216522

FB : ANISAH KHALID

SHAKLEE FOR MEN


Shaklee : For Men

How to stay young, fit and energetic?

Introducing Shaklee health products just for men!!! A set of products that helps you to stay young, fit and energetic.

The products are:
1) Omega Guard
2) Vita-E Complex
3) Zinc Complex


Why the need of Omega-3?

Research have shown that consuming omega-3 increase the cardiovascular health by maintain the Triglyceride and blood pressure level in a normal state as well as the function of the brain, vision and joint.



What is Vitamin E?

Vitamin E functions are to help sustaining the heart health, muscle and prostate as well as improving the lung function, colon and the immune system.



Why Zinc?

Zinc is an essential mineral that is found in every cell in our body. It stimulates the activity of enzymes and the function of the male sex organ.



Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

BEST Price Offer
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Anisah Khalid
Shaklee ID : 963691
Call / SMS 0136216522

FB : ANISAH KHALID

Jumaat, 26 Julai 2013

Ahad, 21 Julai 2013

Seronoknya Bersalin...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pelbagai cerita yang kita dgr ttg kisah bersalin... ada yang mudah, ada yang payah, ada yang hidup (selamat) dan ada juga yang meninggal dunia samada di dalam perut, atau sebaik sahaja dilahirkan. Ia adalah nikmat dan ujian dariNya. Sebagai orang Islam, kita percaya ini semua telah tertulis sebagai qada nya. 

Pengalaman bersalin oleh mak tersayang,Dr Suhaidah Tahir sentiasa menjadi pemangkin dan kekuatan buat kami adik beradik. Alhamdulillah ...Beliau berjaya melahirkan 11 org cahaya mata semuanya normal...Alhamdulilah... tanpa complication.. 

Kisah beliau menjadi inspirasi kepada saya, kadang2 bila rasa diri ini tak mampu/ takut dgn ujianNya, beliaulah kekuatan saya. Sejak sblm kahwin lagi terbayang, mampukah aku menjadi seperti mak? 

Alhamdulilah proses melahirkan anak pertama pada 2009, dan yang kedua pada 2011.. MasyaAllah, Allah mudahkan... Berkat Doa semua yang mengenali saya dan keluarga. Alhamdulillah pengalaman yang saya istilah sebagai 'WAH, SERONOKNYA BERSALIN'...saat melihat anak dalam dakapan, SubahanAllah... hilang semua sakit. Satu nikmat Allah yang tidak terungkap dgn kata2..

Alhamdulilah di antara surah yang saya kerap amalkan semasa hamil Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Yassin....setiap kali selepas habis satu surah, berdoalah kepada Dia.. kerana Dia akan sentiasa adalah Maha Pengasih dan Penyayang.. 

Doa utk kesihatan bayi + ibu sepanjang hamil..  









Alhamdulilah, Allah telah kurniakan sepasang cahayamata buat saya dan suami, diberi nama Anas Huzaifah bin Asyraf dan Amanina Aisyah bt Asyraf. Nama mereka di ambil sempena nama mereka yang sangat rapat dgn Rasulullah..Semoga peribadi mulia Saidatina Aisyah dan sahabat/periwayat hadith Anas R.A dapat di titipkan ke jiwa anak2 tersayang. MashaAllah, anak2 adalah amanah Allah yang sangat tinggi nilainya. Satu tanggungjawab yang berat... n Insha Allah kami akan berusaha yang terbaik utk anak2 yang tersayang.

Doa untuk anak dan ibubapa...



SubahanAllah, Maha Suci Allah yang menjadikan rahim wanita dan kekuatan wanita untuk bersalin yang tiada sesiapa yang mampu menandinginya.

Pengalaman bersalin adalah satu pengalaman yang akan di alami oleh mereka yang di pilih oleh Allah...

Wassalam

Anisah - 11 Ramadhan 1434H

Jom hayati 10 FAKTA mengenai kelahiran bayi...

♥ 10 Fakta Menarik Mengenai Kelahiran Bayi ♥


Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

♥ Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

♥ Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

♥ 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

♥ Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

♥ Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

♥ Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

♥ Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

♥ Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Wallahuallam.

Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...