Jumaat, 13 Disember 2013

Omega Guard... Sesuai untuk Pelbagai Umur..

Kajian oleh Universiti Oxford terhadap pengambilan omega dalam membantu meningkatkan konsentrasi dan keinginan untuk belajar.. 

Jom layan video ni kejap :



Kajian lain di United Kingdom turut merekodkan omega fatty acid mampu  mencegah demam, batuk dan selsema... (http://www.dailymail.co.uk/health/article-2290072/Fish-oil-key-beating-flu.html)

Jom kenali Omega Guard Shaklee: 


  • Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen. 
  • Teknologi ini dapat menyingkirkan bahan2 berbahaya yg terdapat dlm ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri,etc. Kebanyakan brand lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk mengekstrak minyak ikan. kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesiahatn seperti plumbun,merkuri,etc . (Info tambahan yg sy dapat daripada nutrionist Shaklee, katanya tak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul, Kalau ada pun hanya penyulingan 1x atau2x...Kenapa? sebab penyulingan proprietari tiga molekul ni merupakan satu proses yang mahal..Shaklee sahaja yg melalui penyulingan 3x sbb nak berikan yg terbaik utk pembeli2nya.. yer tak) 
  • Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana dihati kandungan toksik tinggi
  •  Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kalau kita rujuk jenis2 ikan dan tahap merkurinya. ikan2 yg digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg tahap merkurinya terendah.. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain..Ditambah dgn proses penyulingan 3x.. walla.. terbaekkk lagiii..hihi
  • Omega guard (minyak ikan ) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak perlu ni utk proses metabolisme,etc.. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan suplemenEPA
  • Satu sajian Omega guard Shaklee (Recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak omega 3 yg perlu ie EPA dan DHA. Berdasarkan jadual dibwh, kandungan EPA dan DHA didalam Omega Shaklee antara yg tertinggi berbanding jenama lain



Siapa perlukan Omega Guard: 
  • Ibu hamil (perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan dan kecekapan kerja 
  • Lelaki yg mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi
  • Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan(tulang dan sendi)
Credit : mamafaiz.com

Perbandingan Omega Guard Shaklee dan jenama lain : 

Set Shaklee yang merangkumi Omega Guard

  • SET GOUT 
  • SET SAKIT JANTUNG & DARAH TINGGI 
  • SET KEHAMILAN 2nd/3rd trimester 
  • SET KESIHATAN LELAKI 
  • SET SENDI, LUTUT &TULANG 
  • SET SLIMMING
  • SET KANAK-KANAK SIHAT & BIJAK
  • SET BUASIR 
  • SET MENYUSU
  • DAN LAIN-LAIN LAGI..


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakarberkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!

Sabtu, 7 Disember 2013

Bisnes itu Mudah jika...



Tahniah di ucapkan kepada mentor kami, 

Master Kam Maria Abdul Mutalib & Master Mohd Firdaus Mat Saad...

Hari ni, kisah mereka di muatkan di dalam surat khabar metro menceritakan usaha mereka utk membantu lebih ramai orang untuk mencapai kestabilan kewangan menerusi perniagaan online... ramai yang sgt seronok & telah berjaya di bawah group mfms..



Alhamdulillah... saya juga terpilih untuk mendapat bimbingan mereka.. dan inshaAllah akan saya turunkan kepada 'anak2' didik saya...kita jauh lebih bahagia, bila kita dapat bantu lebih ramai orang bahagia... 

Dalam perniagaan, bila kita ada mentor yang telah berjaya, dan mereka dengan sukarela nya menawarkan diri untuk kongsikan kisah kejayaan mereka.. untuk memberi tips untuk kita berjaya...Kita hanya perlu duplicate apa yang mereka telah buat... inshaAllah.. hasilnya, kita juga akan turut merasai kejayaan yang seangkatan dengan usaha kita.. 

Sejak menyertai bisnes online di bawah bimbingan kak maria & abg firdaus, baru 3 kali saya berjumpa dengan mereka... memang tercharge aura positif bila berjumpa face to face... selebihnya, kami banyak berhubung melalui fb/whatapps/call.. impaknya berbeza... hehe.. bukan nye apa, bila kita duduk berdepan.. mmg kita akan lebih fokus.. berbanding 'jumpa' di alam maya ni... ada je gangguan nya kan. 

Di ibaratkan kalau ambil kelas online, dengan kelas yang kita kena attend hari2... yang suara dan impresi muka terus ada di depan mata... ilmu nya juga bagai terus menusuk ke kalbu, takde hijab.. (hehe.. tetiba bermadah lak). 

Ayat sentap - seronok2... jgn la seronok sorang2.. kita kongsikan.. keseronokan kita dengan lebih ramai orang... inshaAllah hasilnye.. kita akan LEBIH2 seronok.

Kami bersama abang firdaus semasa magic raya

Kisah mereka & Tips perniagaan telah di muatkan dalam ebook yang di edarkan secara PERCUMA... 

Jika anda terasa teringin nak mencuba perniagaan online, sila la click link di bawah... 

Bisnes itu mudah jika anda tahu caranya


Semoga bermanfaat...

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.

Jumaat, 6 Disember 2013

Pengalaman Bersalin yang sukar di lupakan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Setiap kelahiran, ada kisahnya tersendiri... Pengalaman bersalin pasti berbeza mengikut orang dan juga kelahiran anak yang berbeza. 

Izinkan saya berkongsi kisah yang saya tulis selepas terbaca kisah bayi yang 'pergi' sebelum mengenali ibubapa beliau.//sungguh hati ni terusik..ada saya kongsikan di akhir entry ini. 


Kisah kelahiran Puteri kami

AMANINA AISYAH = Harapan Kami Untuk Hidup Bahagia...

Amanina Aisyah hampir2 di lahirkan di sana, di Hospital Sungai Buloh (HSB)... Dalam banyak review hospital yang kami terima, HTAR mmg penuh, Hospital Putrajaya hanya terima pesakit yg tinggal di kawasan putrajaya dan yang terdekat sahaja. bila tanya HSB, diorg boleh terima pesakit dari Shah Alam. Jadi kami merancang untuk melahirkan anak ke2 kami di HSB. 

Ikuti kisah ringkas saya..

19 Oktober 2011 5pm : turun tanda, takde rasa sakit apa2 pun.. mak kata takpe, duduk dulu di rumah... tunggu dah sakit nanti baru serah diri. 

20 Oktober 2011 6pm : Serah diri di HSB, kena isi satu borang ni mengatakan 'jika tiada katil dalam wad, maka pesakit akan di tempatkan di tempat menunggu - sehingga ada kekosongan' memula tu tak faham juga... bila di tanya.. oh.. sbb kan wad selalu penuh, jadi kalau serah diri mcm ni.. kena duduk je . ok la, sbb kan tak nak bersalin di HTAR... saya dan suami pun sign je la.. maknanye 'rela utk tidak dpt katil' 

20 Oktober 2011 7pm : Doktor check laluan.. baru 1cm.. then di suruh duduk je kat kawasan menunggu.. 

20 Oktober 2011 8-10pm: Duduk berbual ngan ibu2 yang lain... mendengar cerita.. rakan2 ibu yg menunggu juga.. ada yg bersalin terus, tanpa duduk di wad.. kemudian balik terus.. tanpa masuk ke wad... bayangkan DUDUK sahaja beberapa jam.. dalam keadaan contraction! AllahuAkbar... sakitnya.. mereka yang melalui nya sahaja yang akan terbayangkan.. 

Dalam tempoh ni, tiada makanan di sediakan... suami nak beli nasi, di cafe nye pun takde nasi.. yg ada cuma roti canai.. agak kelakar juga. tapi takpela asal ada makanan.

Telefon mak, mak pesan buat solat hajat, doa byk2.. moga Allah permudahkan jalan. Moga Allah bagi petunjuk yang terbaik buat semua. 

 20 Oktober 2011 11pm : Doktor check lagi laluan.. baru 2 cm , then Doktor tanya samada nak balik@ tunggu di sekitar labour room..  saya ambil tindakan berani, balik! 


walau pun masa tu berdebar2 juga.. kalau ikut sejarah keluarga.. dh buka 2 cm.. dah tak lama dh nak bersalin tu.. cumanya... pinggang dah mula sakit sebab dalam keadaan macam ni.. tiada katil di sediakan... pilih la mana2 kerusi/sofa untuk duduk. rasanya tak sanggup nak tido dalam keadaan duduk dgn mmg dah sarat sangat. 



21 Oktober 2011 12am : sampai rumah... 



21 Oktober 2011 1am -4am: perut mula meragam sebab gastrik dan contraction kot (haha, dh 2 kali bersalin .. tapi saya tak tahu nak bezakan contraction ke gastrik... sbb mcm sama je..)




21 Oktober 2011 5.30am :serah diri di HTAR, di emergency utk wad bersalin.check laluan dh buka 8cm... terus masuk labour room...dalam 20min ... alhamdulillah lahirla Amanina Aisyah...




Allah nak takdirkan Amanina lahir di HTAR, sebelum ni.. dgn pelbagai cerita yang kami dengar.. mmg seram sejuk juga nak bersalin kat situ.. tapi Alhamdulillah.. Allah mudahkan sangat proses bersalin dll. Amanina lahir, di sambut dengan azan subuh di kawasan hospital...AllahuAkbar.. besar sungguh kuasaMu. 



bila berbual dgn nurse di HTAR... pasal layanan di HSB.. katanya 'walaupun HTAR mmg penuh, tapi kami takan tolak patient'  Melihat suasana dalam wad, memang penuh.. memang nurse dan doktor bagai tak menang tangan.. suasana yang sangat berbeza dgn di HSB. 

Pelbagai kisah dan pengalaman ibu2 lain juga saya dengar semasa duduk di wad. Inilah di namakan takdir, ketentuan Ilahi... mungkin berkat doa, zikir dan bacaan Al-Quran yang kerap saya amalkan memudahkan semua proses kelahiran cahaya mata kami ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan dan lancarkan urusan kami. dan lahirnya seorang anak solehah, inshaAllah. 


Di antara doa yang kerap saya amalkan...


Terima kasih kami ucapkan di atas kecekapan dan kesungguhan semua... Alhamdulillah, moga Allah membalas jasa dan pengorbanan kalian sebaiknya, inshaAllah.




Buat ibu2 di luar sana... jika ada pilihan... elakkan bersalin di HSB ye...


Penafian : Kisah ini adalah kisah peribadi penulis, ia tidak mencerminkan kualiti mana2 hospital secara keseluruhan. 



Al fatihah buat si kecil yang telah di janjikan syurga ni...nantikan ibu bapa mu di syurga ye sayang..


Semalam ada kenalan berkongsi status 'perginya seorang anak' tanpa sempat mengenali ibu bapanya... Saya tak kenal ibu bapa nya.. mahupun rakan beliau ni. cumanya saya terbayang2 kisah saya suatu ketika dahulu...




Takziah buat keluarga beliau.. sesungguhnya yang dah pergi tidak akan kembali lagi... inshaAllah bayi ini akan menunggu ibu bapanya di syurga kelak... 

Al - Fatihah..

Sila ‘LIKE’ dan ‘SHARE’ sekiranya anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dikongsikan.

Rabu, 4 Disember 2013

Maaf Bos, saya MC lagi...



Asalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, 



Angkat tangan jika anda pernah mengalami pening kepala...


ok2.. turunkan tangan.. mesti semua orang pernah mengalami pening kepala kan.. ada yg kena teruk, ada yang pening sikit2.. ada yang sampai tak boleh angkat kepala.. 


Masalah sakit kepala ini punca utama Cuti Sakit a.k.a MC di seluruh dunia... 

Angkat tangan jika anda tak pernah cuti sbb sakit kepala? 

mesti tak siapa kan yang tak pernah... terkecuali la kalau sakit kepala yang blh di tahan lagi, masih datang kerja/ sekolah tp dalam keadaan lemah longlai... betul tak?

Gambar di bawah menunjukkan tahap sakit kepala.. gambarajah 1-3, saya pernah alami.. alhamdulillah migrain tak pernah dan minta Allah jauhkan... tgk orang kena migrain pun ngeri.. serious kesian, tapi mcmana nak tolongkan... kalau dah tahap kena migrain.. baring dan tido pun tak jalan.. sakit sangat2. (kata ahli keluarga dan kawan2 yang pernah kena la)

 




Dalam Al-Quran, Allah ada ajar doa untuk kurangkan/hilangkan sakit kepala...kenapa Allah ajarkan ye? sebab sakit kepala ni satu perkara yang amat biasa orang alami. Jom amalkan dan rasai perbezaannya.. 


Sedikit sebanyak mengenai pening kepala dan migrain... 

Kajian epidemiologi yang dijalankan di beberapa tempat di seluruh dunia mendapati insiden migrain berlaku pada kadar 12-18% daripada jumlah penduduk. 

Perbandingan di antara lelaki dan perempuan pula... 1 : 6 perempuan.. manakala 1 : 18 lelaki

Penyebab sakit kepala? tekanan! 

Penyebab Migrain
  1. Jangkitan kuman
  2. Kecederaan kepala
  3. Ketumbuhan dalam otak
  4. Masalah Gigi
  5. Masalah Mata
  6. Masalah Telinga
  7. Punca toksik
  8. Darah Tinggi
  9. Angin Ahmar
  10. Pengambilan Dadah dan Racun
Perbandingan sakit kepala dan migrain...





Ramai pesakit migrain sudah bosan dengan pengambilan ubat tahan sakit dan yang seangkatan dengan nya.. sebab sakit nya hanya berkurangan sementara. dan kerap datang semula, bila kesan ubat tahan sakit tu dah hilang. 

 Fungsi ubat VS supplemen. 

Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca penyakit. Ia hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sistem badan.

VS

Supplemen  bertindak merawat PUNCA penyakit jika digunakan  dan membantu menampung kekurangan bahan yang tiada dalam tubuh badan. Ia juga dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi  tidak berulang lagi.

Supplement/vitamin yang di cadangkan bagi 
pesakit migrain...





Ostematrix:  (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex 

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. 



CoQ10 : 


Coenzyme Q10 adalah elemen cafactor yang penting dalam penghasilan tenaga dalam tubuh dan antioksidan yang baik. CoQ10 biasanya di bina dalam badan dan juga boleh didapati dalam makanan yang di makan. Kekurangan CoQ10 dalam tubuh boleh menyebabkan sakit kepala. Dr Zubaidi mencadangkan bagi individu yang bimbang kesan sampingan ubat tahan sakit/ pesakit migrain yang tidak sembuh..untuk men CoQ10 selama tiga bulan, 100mg tiga kali sehari.(-sumber: http://drzubaidi.com/blog/?p=3018)

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-


FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!




Selasa, 3 Disember 2013

Kemanisan semakin di rasai...

Alhamdulillah... 

Alhamdulillah... 

Alhamdulillah...



Kalau bulan lepas, bulan pertama saya mendapat bonus 4angka...


bulan ni pula, bulan pertama downline saya, Kak Ieta Ruzita bakal mendapat bonus 4 angka.. siapa sangka baru 2 bulan dlm shaklee.. beliau berjaya ke tahap ni. 


Memula dulu, kak ieta kata.. dia mmg tak tahu pasal bisnes online ni.. maybank2u pun baru di aktifkan bila join shaklee.. Pasal produk pun, gigh kak ieta mengkaji. Beliau benar2 duplicates apa yg mentor yang dh berjaya lakukan.

Alhamdulillah... sejuta tahniah saya ucapkan di atas penarafan Supervisor pada kak ieta, Gunung pertama dalam rank shaklee..



Alhamdulillah...saya berjaya mendaki gunung ke 2, inshaAllah ada lagi 5 gunung lagi... inshaAllah..dalam tahun 2014, akan  di daki ke semuanya... Doakan saya berjaya!

Satu pencapaian yang saya sendiri tak bayangkan masa mula2 saya sertai shaklee... sebelum join, saya banyak mengikuti kisah kak maria & abg firdaus... Bila saya join, banyak sgt success story yang saya baca dalam group Jutawan. Kebanyakan nya ceburi bisnes ni, setelah beberapa tahun berkerja... Teringat suami saya pernah cakap.. ' Awak x boleh nak bandingkan diri sama mcm diorg, diorg dulu dah keje engineer, lawyer dsb'.. takpe.. kita ikut cara kita.. kita duplicate apa yang boleh di duplicate dan sesuaiakan dengan diri sendiri. 

Masa pergi magic class 27 Oktober lepas, perkongsian kisah seorang surirumah berumur 24tahun, melalui cabaran dan dugaan, tanpa internet di rumah, dengan hanya lepasan SPM... dan kini berjaya memperolehi 5angka sebulan... KAGUM dengan beliau.. sedikit sebanyak TERCABAR juga... 

Kalau orang tanya dengan saya, perlu ke pergi ke kelas2 mcm ni? perlu ke attend bengkel? 

Jawapan saya mudah sahaja... kalau kita nak ilmu, kalau kita nak berjaya... kita sendiri perlu mencari ilmu tersebut. kalau semua nak di suap je.. semua nak tunggu arahan sahaja.. memang tak kemana. sebab dalam bisnes shaklee, terutaman dalam group JUTAWAN .. 5% dari mentors, 95% dari diri kita. banyak mana pun mentors bagi kita macam2... kalau tiada tindakan.. apa yang kita dapat? Sendiri kena renungkan... Apa yang aku dah buat... jangan salah kan orang lain, salah kan diri sendiri, baiki apa yang boleh di baiki... itu pesan mentor kami. 



Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha... InshAllah dgn usaha, sistem yang betul, mentor yang hebat dan juga keyakinan diri pada Ilahi.. Kejayaan pasti milik kita!

Yakin dengan janji Allah... Sesiapa yang membantu orang lain untuk berjaya, mereka juga akan berjaya! 

Berjuta2 tahniah di ucapkan pada mentor direct saya dalam shaklee kerana telah berjaya mendaki gunung ke 7... dengan ini.. mereka di gelar MASTER MARIA & MASTER FIRDAUS!



Dengan title ini, lebih bersemangat mereka ingin membantu lebih ramai untuk lebih berjaya! 

ikuti kisah mereka sehingga berjaya dalam bisnes yang telah membuka byk mata dan hati.. juga peluang penjanaan 'side' income pada mereka yang mahu.

Khamis, 28 November 2013

Herblax.. detox pilihan ramai.

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin petanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. 

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) 



Pentingnya detox... 

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Apakah yang berlaku apabila sistem pencernaan terganggu?


Sistem pencernaan sangat penting demi menyahkan toksin dari tubuh badan. Jika ia tidak dapat berlaku dengan baik maka ia akan mengundang penyakit seperti
  • masalah kulit
  • gangguan pada buah pinggang
  • mulut dan nafas berbau
  • sesak dada
  • angin ahmar
  • wajah nampak tua
  • kembung perut dan 
  • daya imun yang lemah.

Shaklee menawarkan herblax bagi tujuan detox, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan. 


Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:
  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flower
  • buckhorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu makan Herb Lax ? 
  • Mereka yang dalam proses pembuangan lemak
  • Mereka yang ada masalah pencernaan
  • Mereka yang menyusu anak.
  • Mereka yang ingin menjaga kesihatan usus terutamanya.


‎[TESTIMONIAL HERB LAX] 
"Detox, Masalah sembelit, Perut Meragam...
Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan".
(Credit to : mamacergas.com, muazzmarketing.blogspot.com)



Herblax termasuk di dalam slimming set di mana ia berfungsi sebagai detox, dan membuang lemak..lecithin pulak berfungsi sebagai membakar lemak, manakala ESP atau/dan Cinch membina otot. 

Bagi mendapatkan kesan yang optimum, berikut adalah cadangan set slimming yang kian di minati ramai.. 


Testimoni slimming set;



Moga bermanfaat pada yang sedang mencari...

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-

BEST Price Offer
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!



Surirumah & Media : Bersama Membangun Potensi Suri Rumah Rahmah

 𝗦𝘂𝗿𝗶𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮  Alhamdulillah, di izinkan Allah untuk hadir 2 hari 𝑩𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒍 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒅𝒊𝒂 𝑺...